Pasaran Pada Minggu Ini Dibuka Dengan Mood “Risk Off”

Pasaran Pada Minggu Ini Dibuka Dengan Mood “Risk Off”

Seawal sesi pembukaan pasaran pada hari ini menyaksikan Emas dan Yen melambung tinggi berikutan bertambahnya ketidaktentuan situasi geopolitik dan ket

ANALISA TEKNIKAL AUDNZD
Kadar Pengangguran Menurun, Namun AUD Melemah Berbanding USD, Apa Puncanya?

Seawal sesi pembukaan pasaran pada hari ini menyaksikan Emas dan Yen melambung tinggi berikutan bertambahnya ketidaktentuan situasi geopolitik dan ketegangan di antara Amerika dan Korea Utara sejak minggu lepas. Korea Utara dilaporkan telah melancarkan sebuah lagi peluru berpandu jarak sederhana baru-baru ini namun pelancarannya telah gagal.

Indeks sentimen CNN Money, Fear & Greed menunjukkan kepada tahap “extreme” :

Naib Presiden Amerika, Mike Pence berada di Korea Selatan dalam siri lawatan beliau ke negara-negara di Asia Pasifik, termasuk Jepun, Indonesia dan Australia. Beliau membawa ambisi pentadbiran Trump yang mahu China menggunakan pengaruh mereka terhadapa Korea Utara untuk menghentikan program nuklear mereka. Trump juga dilaporkan berkata sanggup untuk berkerjasama ke arah konsesi perdagangan dengan China sebagai tukaran di atas pertolongan China menghalang Korea Utara.

Minggu ini, data ekonomi China berada pada tahap terbaik apabila merekodkan peningkatan KDNK (tahun ke tahun) mereka, namun bagi data sukuan, merekodkan sedikit kemerosotan. Aussie melonjak sedikit setelah terbitan data tersebut namun gagal untuk meneruskan momentum, mungkin untuk menunggu laporan minit mesyuarat RBA pada esok sebelum melakukan pergerakan major.

Di Eropah, hanya tinggal seminggu lagi sebelum Pilihanraya Perancis 2017 berlangsung. Undian pusingan pertama, kelihatan pertembungan sengit di antara Le Pen dan Macron, namun segalanya akan ditentukan di peti undi pada 23 April nanti. Perkembangan di Turki pula menyaksikan Erdogan diberi kemenangan dengan majoriti kecil, memberikan beliau kuasa penuh di dalam kerajaan mengakhiri sistem politik berparlimen di Turki.

Pasaran minyak pula tampak lebih meyakinkan apabila simpanan minyak AS jatuh pada minggu lepas, ekoran syarikat penapisan minyak mula memproses minyak sebagai persedian menghadapi musim panas. OPEC pula dilihat hampir bersetuju untuk terus melanjutkan pemotongan pengeluaran mereka yang turut disertai oleh 12 negara-negara bukan-OPEC yang lain.

Berikut adalah beberapa terbitan data ekonomi yang berskala tinggi untuk minggu ini :

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: