Pasaran Minyak Susut Hampir 6%, Catat Kerugian Harian Terbesar Pada Tahun Ini, Apakah Faktor Yang Mendorongnya?

Pasaran Minyak Susut Hampir 6%, Catat Kerugian Harian Terbesar Pada Tahun Ini, Apakah Faktor Yang Mendorongnya?

Pasaran minyak pada hari Khamis yang lalu mencatat kerugian harian terbesar pada tahun ini, susut hampir 6% atau  hampir $4 daripada paras tertinggi.

Pound VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 06/03-10/03/2017
EU: Tempoh Peralihan Brexit Perlu Tamat Sebelum 31 Disember 2020

Pasaran minyak pada hari Khamis yang lalu mencatat kerugian harian terbesar pada tahun ini, susut hampir 6% atau  hampir $4 daripada paras tertinggi.

Tiga faktor utama dilihat telah memicu sell-off besar-besaran pasaran minyak iaitu kebimbangan terhadap konflik perdagangan AS-China yang mungkin akan berlanjutan lebih lama, kelemahan aktiviti penapisan minyak dan kelemahan aktiviti perkilangan global secara keseluruhannya.

Dengan proses penyelenggaraan yang lebih lama daripada jangkaan serta penghasilan penapisan minyak mentah yang lebih rendah sejak beberapa minggu yang lalu, kilang penapisan minyak di AS turut menjadi sumber baru yang menghalangi momentum bullish pasaran selain daripada isu output minyak AS yang tinggi.

Kejatuhan harga minyak walau bagaimanapun terhenti pada hari Jumaat dengan futures WTI pulih 74 sen kepada $58.65 setong.

Minyak Brent yang menjadi ukuran antarabangsa pula pulih 89 sen kepada $68.65 setong setakat jam 3 petang.

Pasaran minyak masih terdedah dengan risiko daripada tajuk-tajuk berkaitan perdagangan yang mana turut menarik jatuh matawang Asia dan pasaran saham, oleh itu sebarang peningkatan dijangka hanya bersifat sementara.

Menurut sebahagian penganalisis, lengkungan ‘forward price’ bagi futures Brent kekal terbalik dan semakin mendalam,  menunjukkan keadaan pasaran yang ketat dan lebih menguntungkan untuk menghasilkan serta menjual minyak pada kadar yang segera daripada menyimpannya.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: