Pasaran Minyak Mengukuh, OPEC Optimis Dengan Permintaan Minyak Dunia

Pasaran Minyak Mengukuh, OPEC Optimis Dengan Permintaan Minyak Dunia

OPEC pada hari Selasa mengatakan bahawa permintaan dunia kepada minyak mereka berpotensi meningkat melebihi jangkaan pada tahun ini. Kenyataan ini

Sekatan & Pemotongan OPEC, Pasaran Minyak Menuju Peningkatan Suku Tahun Terbesar Sejak 10 Tahun Lalu
Mnuchin: Beri Amaran Kepada China Jangan Terlibat Dalam Persaingan Menurunkan Nilai Matawang

OPEC pada hari Selasa mengatakan bahawa permintaan dunia kepada minyak mereka berpotensi meningkat melebihi jangkaan pada tahun ini.

Kenyataan ini dikeluarkan berikutan pengeluaran minyak shale AS yang semakin perlahan, mengisyaratkan pasaran semakin ketat jika pengeksport minyak terus menghadkan output mereka.

Futures minyak WTI naik lebih 1% atau 68 sen kepada $61.70 setong manakala minyak antarabangsa Brent naik 72 sen kepada $70.94 per tong setakat jam 11 malam.

Namun begitu, menurut laporan bulanan OPEC, output minyak mereka sedikit merosot pada bulan April kerana sekatan AS ke atas dua ahli OPEC, Iran dan Venezuela.

Kehilangan bekalan daripada Iran dan Venezuela telah memberi kesan langsung kepada perjanjian had pengeluaran minyak.

OPEC dan sebahagian pengeluar yang diketuai oleh Russia akan bertemu pada bulan hadapan bagi memutuskan sama ada untuk melanjutkan perjanjian pemotongan pengeluaran melebihi bulan Jun atau sebaliknya.

“Pertumbuhan bekalan dijangka bergerak lebih perlahan berbanding tahun lalu didorong oleh jangkaan pertumbuhan ekonomi global yang lemah”, jelas OPEC.

Secara keseluruhan, permintaan masih stabil dan OPEC mengekalkan jangkaan pertumbuhan global bagi penggunaan minyak tahun 2019 di paras 1.21 juta bdp.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: