Pasaran Minyak Masih Berisiko Untuk Harga Yang Lebih Rendah

Pasaran Minyak Masih Berisiko Untuk Harga Yang Lebih Rendah

Harga minyak berundur semalam setelah berjaya mendaki sehingga ke paras di atas $50 setong menjelang akhir bulan Julai. Harga WTI semalam ditutup pada

Peningkatan Harga Minyak Optimis Namun Terhad, RON95 & RON97 Naik 7 sen
Permintaan Minyak Meningkat, Kemungkinan Harga Yang Lebih Tinggi

Harga minyak berundur semalam setelah berjaya mendaki sehingga ke paras di atas $50 setong menjelang akhir bulan Julai. Harga WTI semalam ditutup pada sekitar paras $48.70, yang sebelum itu terjun sehingga ke paras $48.35 ekoran laporan industri dikatakan menunjukkan inventori minyak mentah AS meningkat diluar jangkaan.

Simpanan stok minyak mentah menokok sebanyak 1.78 juta tong pada minggu lepas di dalam laporan American Petroleum Institute (API) semalam. EIA pula akan menerbitkan laporan mingguan mereka pada malam ini sekitar jam 10.30 malam dengan jangkaan stok minyak berkurangan sebanyak 2.9 juta tong, penambahan sebanyak 4.3 juta tong berbanding minggu lepas.

Pengeluaran minyak OPEC melonjak sebanyak 210,000 tong sehari pada bulan Julai. Libya dan Nigeria yang dikecualikan daripada pemotongan OPEC pula menambah 180,000 tong sehari. Manakala, Arab Saudi meningkatkan pengeluaran sebanyak 30,000 tong sehari.

Kini, harga $50 menjadi paras psychology untuk ditembusi, dan ini benar-benar memerlukan satu katalis dan laporan data pada malam ini adalah sangat penting. Jika pasaran tidak mendapat laporan inventori yang positif pada malam nanti, ianya akan bakal menjadi pusingan U pada harga minyak.

Saya meletakkan short entry pada WTI dengan sasaran jangka masa pendek di paras $47-45.50, jangka masa sederhana di paras $42.00 dan jangka masa panjang di paras $40.00. Invalidation untuk short terletak pada paras $52.00.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: