Pasaran Minyak Kekal Meningkat 4 Minggu Berturut-turut

Pasaran Minyak Kekal Meningkat 4 Minggu Berturut-turut

Harga minyak menyusut pada hari Jumaat selepas mencapai paras harga tertinggi tiga tahun lalu sekitar $70 per tong, namun masih mengekalkan peningkata

Keretakan Saluran Paip Di Laut Utara Meningkatkan Harga Minyak Mentah.
RBA Potong Kadar Faedah, Aussie Menjunam

Harga minyak menyusut pada hari Jumaat selepas mencapai paras harga tertinggi tiga tahun lalu sekitar $70 per tong, namun masih mengekalkan peningkatan empat minggu berturut-turut.

Pasaran hadapan minyak Brent kini didagang pada paras $69.21, jatuh 5 sen pada jam 10.40 malam. Kontrak Brent telah mencecah $70 pada hari Khamis lalu buat pertama kali sejak Disember 2014.

Sementara itu, pasaran hadapan West Texas Intermediate (WTI) pula berada sekitar $63.34 se tong, susut 22 sen selepas mencapai paras tertinggi pada harga $64.77.

Sebahagian penganalisis telah memberi amaran tentang risiko pembetulan harga di awal tahun 2018, namun secara keseluruhannya pasaran masih kukuh, didorong oleh lanjutan pemotongan bekalan minyak daripada OPEC dan Rusia.

OEPC dan Rusian menghadkan pengeluaran kepada 1.8 juta tong sehari (bdp) yang bakal tamat pada akhir tahun 2018. Tindakan OPEC telah menyebabkan bekalan minyak mentah AS susut selama 8 minggu berturut-turut sekaligus menjadi penyokong kepada peningkatan harga minyak.

Bekalan minyak komersial AS susut 5 juta tong pada minggu yang berakhir 5 Januari lalu, kepada jumlah 419.5 juta tong. Angka ini sedikit rendah daripada purata bekalan 5-tahun OPEC sekitar 420 juta tong.

Walau bagaimanapun, antara faktor yang menekan harga ketika ini adalah jangkaan pengeluaran minyak AS akan meningkat kepada 10 juta tong sehari daripada 9.5 juta tong.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: