Pasaran Minyak Kekal Bullish Dengan Sekatan AS Ke Atas Syarikat Minyak Venezuela

Pasaran Minyak Kekal Bullish Dengan Sekatan AS Ke Atas Syarikat Minyak Venezuela

Harga minyak meneruskan pendakian, keluar daripada paras terendah dua minggu lalu yang dicapai pada hari Isnin yang lalu. Pergerakan ini didorong

Emas Berpaling Arah, Jatuh Hampir $10 Pada Hari Selasa
EU & China Kritik Kerajaan AS Kerana Meluluskan Subsidi Sebanyak $16 Billion Kepada Sektor Pertanian Mereka

Harga minyak meneruskan pendakian, keluar daripada paras terendah dua minggu lalu yang dicapai pada hari Isnin yang lalu.

Pergerakan ini didorong oleh sekatan yang dikenakan oleh AS ke atas syarikat minyak daripada Venezuela, Petróleos de Venezuela SA atau PdVSA awal minggu ini.

Sekatan tersebut telah menaikkan risiko akan berlakunya gangguan terhadap bekalan minyak global daripada OPEC dan AS.

Sehingga jam 11.49 malam, futures minyak WTI di NYMEX naik 1.76% kepada $54.25 setong sementara minyak Brent di ICE yang menjadi ukuran harga minyak antarabangsa naik 1.41% kepada $62.06 setong.

Penganalisis daripada Commerzbank di dalam notanya menyebut, “Pengeluaran di Venezuela dijangka menurun lebih rendah berbanding kejatuhan hasil eksport kepada AS sekitar 500,00 tong sehari”.

Hal ini menyebabkan para pembeli bertindak meninggalkan PdVSA, syarikat yang dikenakan sekatan oleh AS.

Faktor pengeluaran minyak daripada Venezuela menjadi salah satu penghalang utama ke atas usaha pemotongan pengeluaran minyak OPEC sebanyak 1.2 juta tong sehari (bdp) untuk pertengahan tahun pertama yang bertujuan mengimbangkan lebihan bekalan di dalam pasaran.

Walaupun bekalan berkurang, pasaran minyak masih tertekan dengan isyarat kelembapan pertumbuhan ekonomi global dan potensi penggunaan tenaga yang lebih lemah terutamanya selepas IMF menurunkan outlook pertumbuhan ekonomi mereka bagi tahun ini.

Selain itu, konflik hubungan perdagangan AS-China juga memainkan peranan menekan permintaan dan kelancaran perdagangan hasil tenaga.

Menurut laporan Reuters, China telah mengenakan tindakan undang-undang menerusi WTO berkenaan tarif yang dikenakan oleh AS ke atas barangan mereka yang bernilai sehingga $234 billion.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: