Pasaran Minyak Dunia “Tergantung”

Pasaran Minyak Dunia “Tergantung”

Data terbitan Institut Petroleum Amerika (API) semalam menunjukkan inventori minyak mentah meningkat sebanyak 6.2 juta tong berbanding jangkaan 3.2 ju

Sektor Eksport Jepun Positif di Bulan July
Laporan Harian Pound: Rekod Terendah Terbaru Pound Lagi Hari Ini!

Data terbitan Institut Petroleum Amerika (API) semalam menunjukkan inventori minyak mentah meningkat sebanyak 6.2 juta tong berbanding jangkaan 3.2 juta tong. Goldman Sachs melaporkan bahawa permintaan terhadap minyak mungkin akan berkurangan sebanyak 900 ribu tong sehari bulan ini.

Komen OPEC yang sedikit bullish semalam membantu harga minyak untuk tidak terus merudum. Presiden Venezuela turut memberi komen dengan mengatakan OPEC dan Non-OPEC pasti akan berterusan selepas Mac 2018. Mesyuarat di Vienna akan berlangsung pada 20 September nanti.

Taufan Irma bakal memberi kesan negatif kepada permintaan minyak namun tidak kepada pengeluaran dan pemprosesan. Pada Isnin, Kaunsel Keselamatan UN telah mengenakan sekatan baharu terhadap Korea Utara termasuklah pengimportan petroleum berikutan tindakan Pyongyang yang telah melancarkan percubaan nuklear keenam dan paling hebat mereka pada 3 September yang lalu. Sekatan terbaharu ini bakal mengganggu sedikit permintaan dari China terhadap bekalan minyak.

Laporan EIA pada 10.30 malam nanti menjangkakan penambahan bekalan minyak sebanyak 2.29 juta setong berbanding minggu lepas 4.58 juta tong. Seandainya penambahan bekalan melebihi apa yang dijangkakan, kejatuhan harga minyak akan bersambung. Pada ketika artikel ini ditulis,  harga brent adalah di paras $54 setong dan WTI di paras $48 setong. Pasaran ditutup semalam pada harga $48.34 setong.

Harga minyak petrol RON95 dan RON97 dijangka turun sebanyak 3 sen kepada RM2.17 dan RM 2.45 seliter bermula tengah malam nanti didorong oleh kekuatan Ringgit berbanding USD pada ketika ini. Harga runcit MOPS berada pada paras $70 setong pada semalam 12 September 2017.

Dari sudut teknikal, jika pasaran mampu untuk tembus di bawah $47.50, harga seterusnya adalah untuk bergerak menuju ke paras harga $46.70 dan $45.90. Untuk bullish pula, penembusan di atas harga $49.17 akan membuka lebih kenaikan ke paras harga 50.17 dan $51.47.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: