Pasaran Eropah Bermula Tinggi Kesan Rekod Baru Di Asia

Selasa  , bursa Eropah terus melonjak keparas lebih kukuh. perningkatan bermula selepas stok pasaran Asia dan Amerika mencecah rekod tertinggi dib

Analisa Teknikal GbpJpy 30/07/2017
6/7/2017 Analisa USDJPY H1

Selasa  , bursa Eropah terus melonjak keparas lebih kukuh. perningkatan bermula selepas stok pasaran Asia dan Amerika mencecah rekod tertinggi dibawah kebimbangan bencana alam taufan Irma dan ancaman nuklear Korea Utara.

Seluruh pusat dagangan utama dan kebanyakan sektor berada diparas positif berpunca daripada lonjakan STOXX 600 Eropah yang meningkat sebanyak 0.3%, walaupun sesetengah pedagang masih tertanya-tanya aras pasaran pada masa hadapan.

Ekuiti kewangan menyertai kelompok teratas sekali lagi apabila perkhidmatan kewangan SXFP serta perbankan SX7p masing-masing meningkat 0.7% dan 0.6%.

Syarikat-Syarikat Insuran memberi kekuatan pada Eropah apabila menguasai 2% pasaran pada hari Isnin dengan lonjakan sebanyak 0.3% untuk mengekalkan mereka di paras positif.

Bagi sektor lain, Volkswagen meningkat sebanyak 0.3% setelah mengumumkan inisiatif sebanyak 20 billion euro pada hari isnin untuk membangunkan kereta bebas pencemaran.

Syarikat farmaseutikal veterinar Perancis , Virbac mengalami kejatuhan sebanyak 11.7% setelah menghadapi kesukaran untuk meneruskan prospek tahunan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: