Pasaran Emas Kekal Positif Selepas Mencatat Harga Tertinggi Yang Baru

Pasaran Emas Kekal Positif Selepas Mencatat Harga Tertinggi Yang Baru

Pasaran emas terus meningkat pada hari Rabu, mencatat harga tertinggi 3-bulan yang lalu didorong oleh penurunan dollar dan peningkatan permintaan safe

Preview News Penting Buat GBP & USD: 12/03/2019
GBPUSD Masuk Kawasan Terendah dalam Tempoh 30 Tahun

Pasaran emas terus meningkat pada hari Rabu, mencatat harga tertinggi 3-bulan yang lalu didorong oleh penurunan dollar dan peningkatan permintaan safe haven emas akibat daripada tekanan geopolitik di Saudi dan ketidaktentuan ekonomi global.

Harga kontrak emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX telah naik ke paras $1.325.90 sebelum berundur kepada harga $1,231.90 per auns, mengekalkan peningkatan 0.12% setakat jam 12.35 tengah malam.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain pula susut 0.06% kepada 94.71 mata.

Dollar yang lemah kebiasaannya meningkatkan permintaan emas berikutan harga yang lebih murah untuk dibeli oleh pemilik matawang asing yang lain.

Harga emas walaubagaimanpaun telah jatuh sekitar 9% daripada puncak tertinggi bulan April yang lalu berikutan permintaan dollar melonjak naik sejak Fed memberi petunjuk bahawa akan meneruskan pengetatan dasar dengan lebih agresif.

Namun selepas bank pusat menaikkan kadar faedah buat kali ketiga tahun ini, lonjakan mendadak hasil bon AS serta kejatuhan ekuiti AS telah membimbangkan pelabur dan menyebabkan mereka mula beralih kepada emas.

Di samping itu, Trump juga meneruskan kritikan beliau di atas tindakan Fed yang terus mengetatkan dasar sehingga menaikkan nilai matawang dollar dan memberi kelebihan kepada eksport dagangan daripada China.

Bekas pengerusi Fed, Janet Yellen pula memberi membalas kritikan Trump dengan memberi amaran bahawa kenyataan Presiden AS akan mencalar kredibiliti Fed dan kestabilan kewangan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: