Pasaran Emas Bangkit Dengan Kelemahan Dollar

Pasaran Emas Bangkit Dengan Kelemahan Dollar

Pasaran emas pulih bermula pada sesi Eropah dan telah mencatat harga tertinggi bulan Julai lalu di paras $1,265.65. Emas pada awalnya jatuh ke para

USD VS CAD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 12-16 Disember 2016
Tiada Pergerakan Yang Jelas Buat USD/JPY, Kekal Di Dalam Julat 107.80-109.00

Pasaran emas pulih bermula pada sesi Eropah dan telah mencatat harga tertinggi bulan Julai lalu di paras $1,265.65.

Emas pada awalnya jatuh ke paras $1,245.45 selepas pengumuman dasar Fed selari dengan jangkaan, menaikkan kadar faedah buat kali terakhir bagi tahun 2018 dan mensasarkan dua kali rate hike pada tahun hadapan.

Outlook kadar faedah bagi tahun 2020 dan 2021 juta turunkan daripada 3.4% kepada 3.1%, yang mana menunjukkan satu kali rate hike akan dilaksanakan pada tahun tersebut.

Fed juga dilihat telah menurunkan jangkaan kadar faedah untuk tempoh yang lebih lama daripada 3.0% kepada 2.8%.

Momentum bullish dollar tidak bertahan apabila keraguan para pelabur terhadap risiko yang bakal dihadapi oleh ekonomi AS pada tahun hadapan semakin meningkat.

Reaksi negatif pelabur telah mengembali dollar ke zon negatif, sekali gus menaikkan permintaan emas pada hari Khamis.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain susut 0.32% ke paras 96.73 mata.

Manakala pasaran hadapan emas bagi bulan Februari yang diniagakan di Comex NYMEX kini didagang sekitar $1,260.40, naik $4.00 atau 0.32% setakat jam 12.10 tengah malam.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: