Pasaran Ekuiti Melonjak Ke Paras Tertinggi 6 Bulan Yang Lalu, Dollar Padamkan Rekod Positif 3 Minggu Berturut-turut

Pasaran Ekuiti Melonjak Ke Paras Tertinggi 6 Bulan Yang Lalu, Dollar Padamkan Rekod Positif 3 Minggu Berturut-turut

Berlangsung laporan suku tahun pertama Wall Street, kebanyakkan syarikat yang melibatkan pelbagai industri termasuk teknologi, kewangan dan produk-pr

Kelemahan Aktiviti Perkilangan China Mengelabui Rundingan Perdagangan AS-China Pada Hari Ini
Sejauh Mana Pengukuhan AUD Pasca Pengumuman RBA?

Berlangsung laporan suku tahun pertama Wall Street, kebanyakkan syarikat yang melibatkan pelbagai industri termasuk teknologi, kewangan dan produk-produk pengguna akan menerbitkan laporan suku tahunan mereka pada minggu ini.

Para pelabur optimis dengan kedudukan pendapatan syarikat bagi tiga bulan pertama tahun 2019.

Pemulihan sentimen risiko pada hari Jumaat yang lalu turut mendorong peningkatan pasaran ekuiti sehingga saham-saham utama naik ke paras tertinggi enam bulan yang lepas.

Permintaan matawang safe haven seperti yen dan dollar pula tertekan dengan indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain tutup -0.48% lebih rendah pada minggu lalu, jatuh daripada 97.39 kepada 96.92 mata.

Fokus pelabur pada minggu ini tertumpu kepada beberapa data penting di dalam kalendar ekonomi AS terutamanya laporan jualan runcit bagi mencari petunjuk baru terhadap kekuatan semasa ekonomi.

China pula akan menjadi negara pemilik ekonomi utama yang pertama melaporkan data pertumbuhan suku tahun pertama menerusi angka GDP pada minggu ini.

Menerusi data-data terkini, negara ekonomi kedua terbesar dunia ini telah menunjukkan isyarat-isyarat bahawa pertumbuhan telah kembali stabil, namun ahli ekonomi masih berhati-hati kerana melihat masih terlalu awal untuk memutuskan apakah kemunculan momentum baru ini dapat bertahan atau sebaliknya.

Di Eropah, pasaran akan mengemas kini data tinjuan PMI terhadap aktiviti sektor pembuatan dan perkhidmatan yang mana akan memberi lebih banyak petunjuk sejauh mana ekonomi berundur akibat daripada konflik perdagangan dan rundingan Brexit yang berantakan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: