Pasaran Asia & AUD Melonjak Ini Sebabnya

Pasaran Asia & AUD Melonjak Ini Sebabnya

Dolar Australia melonjak lebih 50pips pada sesi dagangan Asia mengatasi Dolar AS pada hari ini berikutan beberapa laporan data ekonomi yang diterbitk

ANALISA TEKNIKAL AUDNZD
RBA Kekalkan Kadar Faedah, ‘Dovisher’ “Terkejut”!

Dolar Australia melonjak lebih 50pips pada sesi dagangan Asia mengatasi Dolar AS pada hari ini berikutan beberapa laporan data ekonomi yang diterbitkan pada sebelah pagi tadi. Sentimen kurang baik terhadap Dolar AS turut menjadi penyebab kepada kenaikan Aussie dan matawang utama lain pada ketika ini.

Australia mencatatkan lebihan dagangan sebanyak AUD 4.801 bilion pada bulan Februari, mengikut laporan Biro Statistik Australia pada hari ini melebihi angka jangkaan iaitu AUD 3.8 bilion dan juga mengatasi jumlah yang direkodkan pada bulan sebelumnya iaitu AUD 4.35 bilion. Jualan Runcit Australia turut positif melebihi jangkaan sebanyak 0.6% untuk berada pada 0.8% bagi bulan Februari.

Pengukur terperinci sektor aktiviti dalam ekonomi kedua terbesar di dunia – China meningkat kepada 54.4 mata pada bulan Mac, mengatasi jangkaan peningkatan 52.3 mata daripada bacaan pada bulan Februari iaitu sebanyak 51.1 mata. Secara ringkasnya, aktiviti sektor berkembang pada kadar lebih cepat daripada jangkaan bulan lepas. Ekoran itu, Australia yang menjadi rakan dagang utama China turut mendapat kesan positif.

Para perunding dagangan US – China dikatakan telah mencapai kata sepakat dalam hampir 90% permasalahan dan isu mereka pada ketika ini. Baki 10% adalah yang paling sukar dan jika itu tidak dapat diselesaikan pada minggu ini, rundingan mungkin akan dilanjutkan ke akhir Jun. Nikkei Jepun dan Indeks Hang Seng Hong Kong melonjak hari ini sebagai respon pelabur terhadap berita ini.

Bloomberg turut melaporkan berita yang telah diterbitkan oleh Wall Street Journal (WSJ) semalam, mengatakan Pengerusi Fed Jerome Powell menerima panggilan daripada Presiden AS Trump pada 8 Mac kerana laporan sektor pekerjaan AS yang mengecewakan pada hari tersebut telah menyebabkan harga saham mengalami kejatuhan mingguan paling teruk pada tahun ini. Dolar AS ditekan sedikit akibat daripada laporan berita ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: