Outlook Ekonomi Global Negatif Dengan Pengucupan Melebih Jangkaan PMI Pembuatan Caixin China

Outlook Ekonomi Global Negatif Dengan Pengucupan Melebih Jangkaan PMI Pembuatan Caixin China

Bacaan Indeks PMI Pembuatan Caixin China bagi bulan Januari meleset jauh daripada ramalan, jatuh ke paras 48.3 mata, bacaan terendah sejak Februari 2

Kenaikan Kadar Faedah FEDS, November atau Disember?
Hasil Perkilangan Jerman Sebagai Penanda Aras Ekonomi Pada Suku Ketiga

Bacaan Indeks PMI Pembuatan Caixin China bagi bulan Januari meleset jauh daripada ramalan, jatuh ke paras 48.3 mata, bacaan terendah sejak Februari 2016.

Kelembapan yang sedang melanda pemilik ekonomi kedua terbesar didunia ini meningkatkan kembali kebimbangan para pelabur terhadap outlook ekonomi global walaupun Trump optimis dengan kemajuan rundingan perdagangan.

Trump berkata rundingan antara AS dan China telah mencapai kemajuan yang baik dan kenyataan ini disokong oleh media China Xinhua yang melaporkan bahawa Beijing bersetuju untum menaikkan hasil import produk pertanian, tenaga, industri dan pembuatan daripada AS.

Walau bagaimanapun, kelemahan data di China telah menekan sentimen bullish pasaran saham global selepas ekuiti berjaya menutup tirai bulan Januari dengan prestasi yang terbaik.

Kelamahan data sekali gus menyebabkan saham Asia bercampur sementara bursa Eropah bergerak mendatar.

Pasaran saham futures AS pula hampir tidak berubah walaupun sektor teknologi di dalam tekanan disebabkan oleh outlook Amazon yang membimbangkan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: