Optimis Terhadap Prospek Pertumbuhan 2020 Yang Positif Membenam Permintaan Yen (JPY)

Optimis Terhadap Prospek Pertumbuhan 2020 Yang Positif Membenam Permintaan Yen (JPY)

Para pelabur pada hari Selasa meneruskan penjualan yen berikutan optimis pasaran terhadap prospek positif pertumbuhan pada tahun 2020 semakin meningk

Lonjakan Jualan Rumah Baru AS Halang Kerugian US Dolar
Bullish Harga Minyak Terhalang Dengan Peningkatan Output AS

Para pelabur pada hari Selasa meneruskan penjualan yen berikutan optimis pasaran terhadap prospek positif pertumbuhan pada tahun 2020 semakin meningkat jika perjanjian perdagangan fasa pertama antara AS dan China berjaya dilaksanakan.

Tambahan pula, angka pertumbuhan perdagangan China bulan Disember yang mengukuh turut mengendurkan kebimbangan pasaran terhadap isu kelembapan ekonomi China, sekali gus melemahkan permintaan instrumen safe haven.

Selari dengan pemulihan keinginan risiko, USD/JPY meneruskan momentum bullish pada minggu ini dengan mendaki melepasi paras tertinggi Mei 2019, didagang sekitar 110 setakat jam 3.55 petang.

Pada hari Isnin yang lalu, Perbendaharaan AS melaporkan bahawa mereka akan mengeluarkan China daripada senarai pemanipulasi matawang sebelum perjanjian ditandatangani secara rasmi pada minggu ini.

China pula berjanji untuk menambah $80 billion pembelian produk pembuatan AS dalam tempoh dua tahun sepanjang berlangsung perjanjian fasa pertama.

Para pelabur melihat pengumuman yang dilakukan oleh kedua-dua negara sebagai usaha bagi melancarkan proses tandatangan perjanjian perdagangan fasa pertama yang bakal berlangsung pada minggu ini.

Laporan tersebut turut mendorong peningkatan saham Wall Street, ekuiti global, dollar dan hasil bon sehingga S&P 500 dan Nasdaq kedua-duanya merekodkan penutupan di paras tertinggi yang baru.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: