Optimis Terhadap Hubungan Perdagangan AS-Jepun Meningkatkan Permintaan Yen (JPY) Pada Hari Selasa

Optimis Terhadap Hubungan Perdagangan AS-Jepun Meningkatkan Permintaan Yen (JPY) Pada Hari Selasa

Keredaan konflik perdagangan AS-China telah memulihkan saham AS pada hari Isnin yang lalu. Momentum yang sama diteruskan pada sesi dagangan Asia d

Preview FOMC: Sebelum, Semasa & Selepas Kadar Faedah Ditetapkan
Preview News Penting Buat EUR & USD: 25/10/2018

Keredaan konflik perdagangan AS-China telah memulihkan saham AS pada hari Isnin yang lalu.

Momentum yang sama diteruskan pada sesi dagangan Asia dan futures saham Eropah turut menunjukkan pembukaan yang lebih tinggi.

Trump ketika menyimpulkan persidangan ketua negara G7 di Perancis pada hujung minggu lalu berkata China sangat memerlukan perjanjian dan beliau mempunyai kuasa untuk menangguh atau memansuhkan semula perlaksanaan tarif.

Kenyataan tersebut telah mengembalikan permintaan dollar sehingga menolak naik USD/JPY daripada 105.20 kepada 106.30 pada hari Isnin yang lepas.

Namun begitu, kedudukan hasil bon di paras yang rendah masih menjadi penghalang kepada pembelian dollar yang lebih agresif.

Tambahan pula, sentimen juga semakin pulih dengan harapan dan optimis terhadap perkembangan hubungan perdagangan AS-Jepun, sekali gus meningkatkan permintaan saham ekuiti Asia pada hari ini.

Matawang Yen turut meningkat didorong oleh laporan yang mengatakan bahawa AS dan Jepun sedang berusaha mendapatkan sebuah MOU pada bulan September hadapan.

Perjanjian ini dibuat sebagai pertukaran untuk mengekalkan tarif ke atas kenderaan Jepun iaitu AS dijangka menurunkan tarif import daging lembu dan daging babi yang diimport daripada Jepun di samping meningkatan pembelian gandum dan jagung.

Sehingga jam 2.35 petang, USD/JPY didagang pada paras 105.64, susut 0.45%

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: