OPEC Memotong Output Minyak Lebih Daripada Yang Dijangkakan, Namun Halangan Pada Tahun 2019 Semakin Menguat

OPEC Memotong Output Minyak Lebih Daripada Yang Dijangkakan, Namun Halangan Pada Tahun 2019 Semakin Menguat

OPEC pada hari Selasa mengatakan mereka telah menghadkan pengeluaran melebihi apa yang telah dijanjikan namun tetap menyuarakan beberapa halangan yan

Preview News Penting Buat EUR & GBP: 10/04/2019
Hubungan Perdagangan AS-China Meruncing Dengan Krisis Politik Di Hong Kong, Beijing Mengancam Untuk Membalas Serangan Tarif

OPEC pada hari Selasa mengatakan mereka telah menghadkan pengeluaran melebihi apa yang telah dijanjikan namun tetap menyuarakan beberapa halangan yang dilihat semakin berkembang.

Tekanan seperti permintaan yang lemah serta peningkatan output minyak daripada Amerika akan menyukarkan usaha mereka untuk mengelak daripada berlakunya lebihan bekalan.

Berdasarkan laporan bulanan yang diterbitkan, OPEC mengatakan bahawa output minyak mereka telah jatuh hampir 800,000 tong sehari pada bulan Januari kepada 30.81 juta bdp.

Angka tersebut lebih tinggi daripada purata minyak yang dijangkakan oleh OPEC pada tahun 2019.

Kebimbangan terhadap harga minyak dan peningkatan bekalan telah menyebabkan OPEC dan Rusia kembali mengadakan semula perjanjian pemotongan output pada bulan Disember yang mana dikuatkuasakan pada Januari 2019.

OPEC juga menurunkan jangkaan pertumbuhan ekonomi dunia mereka bagi tahun 2019 sebanyak 0.2 peratus kepada 3.3 peratus dan menerangkan beberapa halangan seperti perdagangan global yang semakin perlahan.

“Beberapa perkembangan terkini mungkin akan menyokong ekonomi global pada paras semasa, termasuk pemulihan harga emas, potensi kemajuan positif daripada rundingan perdagangan AS-China serta pendekatan yang kurang agresif Fed terhadap pengetatan dasar mereka”, jelas OPEC menerusi laporan bulanan yang dikeluarkan.

OPEC mula bertindak menukar pendekatan mereka selepas harga minyak jatuh daripada paras $86 pada bulan Oktober lalu, meningkatkan kebimbangan mereka terhadap isu lebihan bekalan minyak.

Usaha OPEC melanjutkan had pengeluaran telah mengangkat harga minyak mentah keluar daripada paras terendah yang direkodkan di bulan Disember.

Sehingga jam 11.55 malam, minyak Brent didagang sekitar $62.74 per tong, naik 2.02% sementara minyak WTI pula naik 1.95% kepada $53.42 per tong.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: