OPEC Bersiap Sedia Untuk Pemotongan Yang Lebih Besar, Menanti Keputusan Rusia Di Vienna

OPEC Bersiap Sedia Untuk Pemotongan Yang Lebih Besar, Menanti Keputusan Rusia Di Vienna

OPEC dilaporkan sedang dalam mempersiapkan diri untuk pemotongan output yang lebih besar pada minggu ini, namun masih menantikan sokongan daripada se

Kesan Buruk Tarif AS Ke Atas Syarikat-Syarikat China Semakin Terbukti
EUR/USD Masih Di Dalam Mod ‘Consolidation’

OPEC dilaporkan sedang dalam mempersiapkan diri untuk pemotongan output yang lebih besar pada minggu ini, namun masih menantikan sokongan daripada sekutu mereka seperti Rusia.

Negara-negara yang terlibat dibawah OPEC akan bermesyuarat di Vienna pada hari Khamis, diikuti pertemuan bersama Rusia dan OPEC+ yang lain pada hari Jumaat.

Mesyuarat kali ini bertujuan meneliti perancangan-perancangan baru yang boleh dilaksanakan untuk terus menyokong harga minyak sebelum berhadapan dengan lebihan bekalan minyak yang mendadak pada tahun hadapan.

Hal ini kerana peningkatan pengeluaran yang berlaku di negara non-OPEC seperti Brazil dan Norway telah memberi ancaman dan risiko yang baru kepada isu lebihan ini.

Selain itu, pengecualian AS daripada perjanjian sehingga menjadi pengeluar minyak terbesar didunia terus menjadi penghalang terbesar kepada usaha OPEC dan sekutu mereka untuk menstabilkan pasaran sejak tahun 2017.

Perjanjian had bekalan bakal tamat pada bulan Mac 2020 dan berdasarkan sumber-sumber daripada OPEC, had pengeluaran mungkin akan dilanjutkan sekurang-kurangnya sehingga bulan Jun hadapan.

Menteri Minyak Oman, Mohammed al-Rumhi pada hari ini pula mengatakan bahawa delagasi beliau mencadangkan pemotongan output dilanjutkan sehingga akhir tahun 2020.

Sementara menteri minyak Iran Thamer Ghadban berkata ahli-ahli utama daripada OPEC+ menyokong pemotongan output yang lebih besar iaitu melebih paras semasa 1.2 juta tong sehari atau 1.2% daripada permintaan global, selari dengan kemahuan Arab Saudi.

Tindakan Arab Saudi walau bagaimanpun telah mengundang kritikan berterusan daripada Trump sehingga berulang kali mengancam untuk menarik bantuan ketenteraan jika Saudi sebagai ketua organisasi tidak menurunkan harga minyak.

Trump walau bagaimanapun telah berdiam diri daripada mengulas isu ini sejak beberapa bulan yang lalu berikutan konflik perdagangan bersama China dilihat lebih memberi kesan kepada outlook permintaan minyak pada tahun 2020.

Namun begitu, tajuk berkaitan harga petrol ini dijangka akan kembali menjadi isu yang hangat menjelang pilihan raya presiden AS pada bulan November tahun hadapan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: