NZD/USD ‘Crash’ Hampir 2% Ke Paras Terendah 2016, Ini Sebabnya!

NZD/USD ‘Crash’ Hampir 2% Ke Paras Terendah 2016, Ini Sebabnya!

Pasangan matawang NZD/USD jatuh ke paras terendah Januari 2016 yang lalu selepas bank pusat New Zeland (RBNZ) mengumumkan pemotongan kadar faedah yan

USDJPY: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 08/01-12/01/2018
Dovish Hike? Peluang Emas Untuk Kembali Beraksi

Pasangan matawang NZD/USD jatuh ke paras terendah Januari 2016 yang lalu selepas bank pusat New Zeland (RBNZ) mengumumkan pemotongan kadar faedah yang melebihi jangkaan.

Pasaran menjangkakan rate cut sebanyak 25 mata asas (bdp) namun RBNZ telah mengejutkan pasaran apabila menurunkan 50 bdp daripada official cash rate (OCR), menjadikan kadar faedah berada pada rekod terendah yang baru, 1.00%

Pemotongan ini telah mengakibatkan terjunan mendadak NZD dengan NZD/USD susut ke paras 0.6444 sejurus ‘rate cut’ diumumkan.

Kemudian, kiwi bertemu gelombang penjualan yang kedua sebelum berlansungnya sidang media Gabenor RBNZ, menekan NZD/USD ke paras terendah yang baru 0.6377

Tekanan bearish sedikit mereda dengan kenyataan Gabenor RBNZ Adrian Orr. Beliau menjelaskan bahawa ‘rate cut’ yang diputuskan pada hari ini bukanlah menjadi petunjuk kepada tindakan di masa hadapan.

Sehinggga jam 11.55 pagi, NZD/USD didagang sekitar 0.6400, susut -1.87% atau 121 pips.

Namun begitu, Orr masih terbuka untuk memperkenalkan dasar yang lebih longgar apabila mengatakan bank pusat berpotensi mengumumkan kadar faedah negatif.

Secara keseluruhan, komen Orr meningkatkan spekulasi berlakunya pelonggaran yang lebih agresif di masa hadapan dan Westpac, salah satu daripada empat bank terbesar di Australia telahpun meletakkan jangkaan rate cut 25 bdp pada bulan November.

Oleh itu, pembelian NZD untuk tempoh masa yang terdekat dilihat tidak akan berlaku melainkan China dan AS berjaya menyelesaikan konflik perdagangan mereka.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: