Negara Jepun Sasaran Baru Dasar Perdagangan Trump?

Negara Jepun Sasaran Baru Dasar Perdagangan Trump?

Sementara pasaran masih dibayangi kesan perang perdagangan antara AS dan China, Jepun akan menggunakan kesempatan pertemuan mereka bersama AS di Washi

Perdana Menteri Jepun Berharap Trump Memahami Nilai TPP
Indeks Kepengunaan Jepun Meningkat Sembilan Bulan Berturut-Turut

Sementara pasaran masih dibayangi kesan perang perdagangan antara AS dan China, Jepun akan menggunakan kesempatan pertemuan mereka bersama AS di Washington pada hari ini bagi membincangkan lebih lanjut berkenaan hubungan perdagangan antara kedua-dua negara.

Rundingan kali ini adalah penting buat Jepun bagi mengelakkan negara mereka daripada dikenakan tarif import ke atas jualan eksport kereta mereka serta mengurangkan permintaan AS dalam perjanjian perdagangan bebas dua hala.

Pada bulan April yang lalu, Abe dan Trump bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa baru bagi membincangkan mengenai dagangan yang ‘bebas, adil dan timbal balik’ yang akan diketuai oleh Wakil Dagangan AS Robert Lighthizer dan Menteri Ekonomi Jepun Toshimitsu Motegi.

Jepun yang masih mengekalkan lebihan perdagangan dengan AS berpotensi menjadikan mereka sebagai sasaran baru dasar perdagangan Trump.

Konflik hubungan perdagangan China dan AS yang meruncing telah memaksa pelabur untuk terus mengemas kini prospek yang dapat mengeruhkan lagi keadaan serta impak ke atas pertumbuhan ekonomi peringkat global.

China pada hari Rabu yang lalu telah mengenakan tarif tambahan 25% ke atas barangan AS bernilai $16 billion sebagai tindak balas ke atas cukai import baru AS yang bakal dikuatkuasakan pada 23 Ogos hadapan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: