Mnuchin: Tiada Perubahan Pada Dasar Dollar Ketika Ini

Mnuchin: Tiada Perubahan Pada Dasar Dollar Ketika Ini

Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin pada hari ini berkata tiada perubahan pada dasar USD ketika ini. Kenyataan tersebut dikeluarkan pada s

Euro: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 24-28 Oktober 2016
May Bakal Umumkan Pelan Alternatif Bagi Brexit Pada Hari Ini

Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin pada hari ini berkata tiada perubahan pada dasar USD ketika ini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan pada sesi wawancara sempena mesyuarat menteri kewangan G7 di Perancis.

Jelas beliau, “Hal tersebut akan dipertimbangkan pada masa hadapan, namun ketika ini tiada perubahan dasar ke atas dollar akan dilakukan.

Mnuchin juga mengelak daripada mengulas tentang kedudukan dollar apabila disoal apakah USD yang kuat diperlukan oleh mereka pada ketika ini.

Berbeza dengan Presiden Trump dimana beliau dengan lantang menyuarakan keperluan dollar yang lemah untuk mengembalikan kekuatan di dalam ekonomi.

Selain itu, Trump menerusi laman Twitter turut mendakwa Eropah dan China telah memanipulasi matawang mereka dan menjadikan AS sebagai mangsa.

Fed juga dikritik hebat oleh Trump kerana telah membiarkan dollar terus mengukuh sehingga menekan pertumbuhan ekonomi.

Oleh itu, kenyataan Mnuchin dilihat cuba mengurangkan spekulasi terhadap penyusutan nilai dollar menjelang keputusan ‘rate cut’ yang akan diumumkan pada mesyuarat polisi kewangan akhir bulan ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: