Minit Mesyuarat RBA & Pandangan Jangka Masa Pendek AUD

Minit Mesyuarat RBA & Pandangan Jangka Masa Pendek AUD

Pagi tadi, minit mesyuarat RBA diterbitkan sambil pada masa yang sama tiada nada dan perubahan ketara yang dapat dilihat berbanding apa yang telah dit

Pra RBA, Hawkish Atau Dovish? – Aussie Mendapat Lonjakan Awal
Aussie VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 23-27 Januari 2017

Pagi tadi, minit mesyuarat RBA diterbitkan sambil pada masa yang sama tiada nada dan perubahan ketara yang dapat dilihat berbanding apa yang telah diterbitkan pada bulan April yang lalu. Masih tertumpu pada pertumbuhan pendapatan/pekerjaan dan sektor perumahan, yang mana dua elemen kunci ini seolah-olah menjadi perhatian penting RBA pada masa ini.

Melihat pada situasi semasa dua sektor di atas, RBA mungkin tidak akan merubah apa-apa pun polisi kewangan mereka sebaliknya akan terus menanti dan melihat jika terdapat sebarang tanda positif dua pasaran ini akan bertambah baik. Namun jika keadaan sektor pekerjaan bertambah buruk dan/atau risiko perumahan berkurangan, kemungkinan besar RBA akan memotong kadar faedah mereka.

Khamis ini, dua data berimpak tinggi dari Australia akan diterbitkan iaitu tukaran pekerjaan dan kadar pengangguran. Dan pada esok, indeks harga penggajian pula akan diterbitkan, bersama-sama dengan data keyakinan pengguna Westpac.

Daripada satu sudut berbeza, sektor perlombongan bijih besi yang lembab antara punca mengapa Aussie mengalami kekurangan momentum untuk pulih. Stok simpanan bijih besi di pelabuhan China, meningkat 1.7% kepada 134.25 tan akhir minggu lepas.

Kekuatan sentimen kenaikan kadar faedah FED pada Jun nanti semakin bertambah sejak kebelakangan ini, namun ianya tidak mampu untuk memacu kekuatan Dollar secara penuh. Seperti mana yang pernah ditulis sebelum ini, pelabur sudah tidak mahu lagi berteka-teki dengan arah tuju ekonomi AS di bawah pimpinan Trump dan mungkin hanya mahu menunggu sehingga kadar faedah dinaikkan sebelum melakukan sebarang keputusan atau belian terhadap Dollar.

Dalam jangka masa pendek, kemungkinan Aussie mampu untuk menyaingi Buck namun dilihat keupayaan itu terhad sekitar paras 0.74570 sebelum ianya mungkin akan terus melemah semula untuk jangka masa sederhana – panjang.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: