Minit FOMC Mendokong Naratif ‘Bersabar’ Bank Pusat

Minit FOMC Mendokong Naratif ‘Bersabar’ Bank Pusat

Minit mesyuarat Fed yang diterbitkan awal pagi tadi mendokong naratif bahawa bank pusat akan terus bersabar sebelum mengumumkan sebarang perubahan pa

3 Sebab EUR/USD Jatuh 700 Pips Ke Paras Terendah 6 Bulan Lalu
Equiti Australia Mencatatkan Kenaikan Pada Akhir Dagangan

Minit mesyuarat Fed yang diterbitkan awal pagi tadi mendokong naratif bahawa bank pusat akan terus bersabar sebelum mengumumkan sebarang perubahan pada kadar faedah berikutan keadaan inflasi yang lebih tenang.

Namun persoalan yang timbul daripada kenyataan tersebut adalah berapa lama tempoh yang akan diambil oleh Fed untuk terus bersabar?.

Pasaran masih menetapkan sekitar 68% jangkaan bahawa Fed akan mula memotong kadar faedah mereka pada mesyuarat FOMC bulan Disember.

Tumpuan kini beralih kepada kenyataan-kenyataan yang akan dikeluarkan oleh empat ahli FOMC (Presiden Fed Atlanta Raphael Bostic, Presiden Fed Richmond Tom Barkin, Presiden Fed Francisco Mary Daly dan Presiden Fed Dallas Robert Kaplan), yang terlibat di dalam sebuah sesi soal jawab yang dijadualkan berlansung pada jam 1 pagi hari Jumaat.

Acara ini diadakan pada sebuah persidangan bertajuk, “Technology-Enabled Disruption: Implications for Business, Labor Markets and Monetary Policy” di Dallas.

Menjelang sesi Q&A di atas, permintaan ke atas dollar sebagai salah satu pilihan safe haven stabil dengan indeks USD yang mengukur kekuatan berbanding enam matawang utama kekal positif, naik 0.13% kepada 98.08 mata.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: