Minit FOMC: Fed Mengetengahkan Pendekatan Tunggu Dan Lihat

Minit FOMC: Fed Mengetengahkan Pendekatan Tunggu Dan Lihat

Pembuat dasar Federal Reserve berkata mereka hanya akan mengumumkan lebih banyak peningkatan kadar sehingga mereka dapat mengenal pasti sama ada kelem

Carney: Anologi Brexit Tanpa Perjanjian Adalah Seperti Krisis Pasaran Minyak 1970-an
EURUSD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 15/01-19/01/2018

Pembuat dasar Federal Reserve berkata mereka hanya akan mengumumkan lebih banyak peningkatan kadar sehingga mereka dapat mengenal pasti sama ada kelembapan pertumbuhan ekonomi global dan volatiliti pasaran kewangan akan memberi kesan kepada pengukuhan outlook ekonomi AS.

Empat presiden daripada 12 cawangan Fed pada hari Rabu berkata mereka akan memerlukan satu dapatan yang jelas berkenaan keadaan semasa ekonomi sebelum meneruskan kempen rate hike bank pusat kepada tempoh yang lebih lama.

Minit mesyuarat Fed bagi bulan Disember yang diterbitkan pada jam 3 pagi yang lalu menunjukkan ahil FOMC berkongsi pandangan yang sama bahawa risiko daripada pasaran dalam dan luar telah mengaburi waktu dan tahap yang sesuai untuk terus mengetatkan dasar di masa hadapan.

Mesej tersebut sekali gus meningkatkan lagi jangkaan pasaran yang melihat bahawa Fed semakin hampir berada di akhir kitaran rate-hike mereka.

Selain itu, kenyataan tersebut juga selari dengan pandangan Pengerusi Fed Jerome Powell pada minggu lalu yang berjaya mengurangkan spekulasi para pelabur yang menjangkakan bahawa bank pusat akan mengenepikan tanda-tanda daripada kelembapan ekonomi dalam menetapkan dasar.

Tambahan pula, pasaran juga yakin bahawa bank pusat akan lebih fleksibel dan bersabar dalam memutuskan dasar kewangan pada tahun ini.

Prestasi saham pada bulan Disember lalu telah mengalami kemerosotan terburuk sejak ‘Great Depression’ dan penurunan mendadak pengeluaran bon korporat juga memberi isyarat kelemahan keadaan kewangan negara.

Sekiranya keadaan kewangan terus melemah sementara pertumbuhan kekal mengukuh, rate hike masih diperlukan, namun pendekatan tunggu dan lihat akan diterap oleh bagi bank pusat dalam membentuk pendirian mereka.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: