Minggu Terpenting Brexit Selepas Artikel 50

Minggu Terpenting Brexit Selepas Artikel 50

Pound Sterling memulakan minggu ini dengan langkah sumbang setelah data sektor Pengeluaran Pembuatan dan Industri merosot dibawah jangkaan, masing-mas

Theresa May: Unity Here For The Westminister
GBP Jadi Tumpuan Minggu Ini?

Pound Sterling memulakan minggu ini dengan langkah sumbang setelah data sektor Pengeluaran Pembuatan dan Industri merosot dibawah jangkaan, masing-masing mencatatkan -1.4% dan -0.8% manakala bagi laporan tahunan Pengeluaran Pembuatan pula merekodkan 1.4% bagi bulan April berbanding bulan sebelumnya 2.9%.

Tekanan yang diberikan Trump terhadap tarif ke atas import keluli dan aluminium serta automobil memberi kesan yang semakin kelihatan pada ekonomi UK sekarang ini. Permintaan terhadap jentera elektrik dan keluli bagi projek infrastruktur mengalami pengurangan permintaan dari luar serta dalam UK.

Hari ini, laporan Purata Pendapatan akan mencuri tumpuan bagi Pound sekali lagi. Purata Pendapatan di UK meningkat kepada 2.9% pada bulan lalu untuk berada pada paras tertinggi bagi tempoh 9 tahun. Tiada perubahan dijangkakan bagi laporan kali ini disamping angka peratusan yang menunjukkan kenaikan di atas 3% adalah hanya keuntungan bisnes syarikat pada musim panas.

Pada esok, laporan Indeks Harga Pengguna (CPI) bakal menyusul dan jika dilihat pada trend semasa kemungkinan akan berlaku penurunan sekali lagi pada bulan ini. Pun begitu penganalisa ekonomi menjangkakan harga pengguna akan meningkat sebanyak 0.1% kepada 2.5% manakala harga asas kekal pada 2.1%.

Sentimen Brexit terus menghantui Pound pada ketika ini setelah Ireland menolak persempadanan setelah Brexit dan May perlu mengekalkan parti beliau bersatu apabila sedang berhadapan dengan undian penting di Parlimen. May yang turut mendapat tentangan dari dalam Kabinet beliau sendiri dalam usaha untuk mendapatkan kelulusan 14 pindaan pada bil Brexit.

Bermula pada hari ini selama 2 hari akan diadakan undian terhadap “Bil Pengeluaran EU”. Bil ini adalah kunci perundangan yang perlu diperoleh kelulusan oleh kerajaan untuk menjadikan strategi Brexit mereka berfungsi namun, Dewan Pertuanan Parlimen UK telah melakukan beberapa perubahan yang memerlukan pendekatan berlainan dalam beberapa perkara penting.

Dua pindaan yang paling sukar bagi kerajaan adalah pada hari Selasa, yang memberikan undi keputusan Parlimen mengenai kesepakatan terakhir Brexit dan satu lagi pada hari Rabu yang mengarahkan May untuk berunding tentang kesatuan kastam dengan EU. Sementara David Davis dikatakan akan meletakkan jawatan, ini adalah minggu terpenting Brexit semenjak Artikel 50.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: