Menjual Safe Haven Yen (JPY) Bukanlah Pilihan Yang Selamat

Menjual Safe Haven Yen (JPY) Bukanlah Pilihan Yang Selamat

Minggu ini para pelabur berhadapan dengan beberapa data ekonomi utama, namun angka-angka yang dikeluarkan dilihat tidak akan mengubah trend semasa pa

Aussie VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 16-20 Januari 2017
Trump Nafi Terlibat Dengan Penangkapan CFO Huawei, Pelabur Semakin Skeptikal Dengan Rundingan AS-China

Minggu ini para pelabur berhadapan dengan beberapa data ekonomi utama, namun angka-angka yang dikeluarkan dilihat tidak akan mengubah trend semasa pasaran.

Seperti pasangan matawang USD/JPY yang terlalu lemah sehingga jatuh tujuh hari berturut-turut ke paras terendah 7 bulan yang lalu.

Peningkatan aliran masuk safe haven Yen mencerminkan tahap kebimbangan yang sedang berlegar di dalam pasaran serta jangkaan tindakan yang akan diambil oleh bank-bank pusat.

Selain itu, penurunan hasil bon dan penjualan berterusan pasaran saham turut memberikan gambaran yang sama.

Kathy Lien, pengarah urusan FX BK Asset Management menyebut, konflik hubungan perdagangan dan risk aversion yang sedang berlaku akan memaksa Fed untuk menurunkan kadar faedah buat kali kedua bulan hadapan.

Malah beliau juga mengatakan bahawa Fed Fund Futures menunjukkan pasaran meletakkan jangkaan sehingga dua baki pemotongan kadar faedah pada tahun ini.

Keputusan rate cut ini juga dilihat tidak akan berganjak walaupun dengan data jualan runcit dan CPI AS yang lebih baik berikutan peningkatan pada perbelanjaan dan inflasi tidak berjaya menutupi kelemahan dan kebimbangan pasaran terhadap potensi kemelesetan ekonomi global.

Hal ini kerana jika konflik perdagangan semakin hangat dan sell-off pasaran saham berterusan, keuntungan syarikat dan hasil pendapatan pengguna akan mengalami kesan-kesan yang negatif.

Oleh itu, jika dollar meningkat berbanding yen atau swiss franc dengan sokongan data-data yang lebih baik, mencari peluang untuk menjual USD/JPY pada paras yang lebih tinggi adalah lebih tepat.

Kathy Lien juga mengatakan sekarang bukanlah waktu untuk membeli USD/JPY ataupun USD/CHF kerana dalam trend yang masih menurun, support USD/JPY di paras 105.00 menjadi sasaran utama.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: