Matawang GBP & AUD Bakal Akhiri Dagangan Minggu Ini Dengan Nada Yang Positif

Matawang GBP & AUD Bakal Akhiri Dagangan Minggu Ini Dengan Nada Yang Positif

Pembelian Pound pada hari Khamis yang lalu mendapat dorongan yang kuat daripada data jualan runcit UK, mengejutkan pelabur dengan angka yang lebih po

Rekod Pertumbuhan Terbaik Belum Dapat Hilangkan Kebimbangan Fed?
GBP/USD Merah 4 Hari Berturut-turut, Berpotensi Menguji Paras Terendah ‘Flash-Crash’ Bulan Januari Lalu

Pembelian Pound pada hari Khamis yang lalu mendapat dorongan yang kuat daripada data jualan runcit UK, mengejutkan pelabur dengan angka yang lebih positif, naik 1% pada bulan Jun berbanding ramalan yang melihat penurunan -0.3%

Perbelanjaan yang mengecualikan minyak dan kenderaan juga mengukuh, mengisyaratkan asas permintaan yang kukuh.

Peningkatan tersebut juga cukup untuk menutupi penyusutan yang direkodkan pada bulan April dan Mei yang lalu, selain mengurangkan kebimbangan terhadap impak pelaburan perniagaan yang semakin melemah.

Sentimen pelabur pound juga disokong oleh laporan yang mengatakan bahawa EU terbuka untuk berbincang mengenai alternatif ‘backstop’ bagi sempadan Irish yang menjadi isu utama yang menekan dua calon PM UK yang baru.

Aussie pula melonjak lebih 80 pips berbanding dollar pada hari Khamis selepas melaporkan data pekerjaan yang stabil.

Walaupun hanya 500 pekerjaan ditambah ke dalam ekonomi pada bulan Jun, lebih rendah daripada jangkaan, namun angka tersebut hanya disebabkan oleh penurunan pada pekerjaan separuh masa.

Pekerjaan tetap pula mencatat penambahan sebanyak 21,100 sementara kadar pengangguran kekal di paras 5.2%.

Faktor yang meningkatkan pembelian dollar Australia adalah kelegaan para pelabur terhadap angka pekerjaan yang dikeluarkan kerana sebahagian daripada mereka menjangkakan laporan pekerjaan yang lebih buruk berdasarkan data-data PMI terkini.

AUD/USD masih mengekalkan kedudukan berhampiran paras tertinggi 3 bulan yang lalu, didagang sekitar 0.7063 setakat jam 4.35 petang.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: