Mampukah EUR Terus Kukuh?

Mampukah EUR Terus Kukuh?

Pada mesyuarat yang lalu, ECB telah mengurangkan separuh pembelian aset mereka kepada 30 bilion berbanding sebelum ini 60 bilion EUR sebulan, namun ti

Nasib EUR Jika Dovish-Taper?
EUR/USD Bull Shark

Pada mesyuarat yang lalu, ECB telah mengurangkan separuh pembelian aset mereka kepada 30 bilion berbanding sebelum ini 60 bilion EUR sebulan, namun tidak menyatakan dengan jelas bilakah program stimulus ini akan berakhir. “Dovish Taper” ini bulan lalu telah menghumban EUR jatuh.

Majoriti hutang Itali dibeli oleh ECB namun dengan ‘tapering’ ia adalah sukar buat mereka untuk mencari pengganti sebagai pembeli hutang piutang mereka. Bank-bank di Itali pula berhadapan dengan masalah peminjam hutang yang teruk, lantas menghadkan pegangan modal tunai mereka.

Ini bakal memaksa bank-bank di Itali untuk mengurang pemberian pinjaman dan mengakibatkan keterencatan pertumbuhan ekonomi. Kekuatan EUR juga memberi tempias pada sektor eksport Itali kerana hampir 60% barangan mereka dieksport keluar dari blok Eropah.

Pilihanraya Itali akan berlangsung tahun hadapan seawal bulan Mac 2018. Adakah ECB bersedia untuk menamatkan program QE mereka?

Kalendar ekonomi hari ini bagi Blok Eropah dimulakan dengan data dari negara Jerman, Indeks Harga Pengguna pada jam 3 petang dan kemudian disusuli oleh data KDNK dan ucapan Marion Draghi pada jam 6 petang.

Dari sudut teknikal, pasangan EURUSD, harga sedang bermain di paras ‘neckline’ H&S di daily TF seperti memberi ‘hint’ yang ia akan kembali jatuh semula untuk mencari harga yang lebih rendah sekitar 1.15300. Bagi EURGBP pula, harga sedang cuba untuk keluar dan tembus di atas zon ‘triangle’ di daily TF untuk seterusnya menguji sekali lagi paras resistance di 0.89280.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: