Loonie Bangkit Didorong Oleh Kemaraan Harga WTI, Hasil Eksport Utama Kanada

Loonie Bangkit Didorong Oleh Kemaraan Harga WTI, Hasil Eksport Utama Kanada

Permintaan dollar sebagai safe haven yang meningkat pada hari Selasa lalu telah menghentikan momentum bearish USD/CAD di paras 1.3304. Namun, pemu

Rangkuman Pandangan Teknikal DXY, EURUSD, GBPUSD, AUDUSD, dan USDJPY 01/10-05/10/2018
Korea Selatan Perkenalkan Sekatan Baru Terhadap Matawang Krypto

Permintaan dollar sebagai safe haven yang meningkat pada hari Selasa lalu telah menghentikan momentum bearish USD/CAD di paras 1.3304.

Namun, pemulihan tanpa henti pasaran minyak sehingga harga naik ke paras tertinggi lima bulan yang lalu telah mendorong loonie (CAD) untuk terus mengukuh berbanding matawang utama yang lain pada hari Rabu kerana minyak merupakan hasil eksport utama bagi Kanada.

Sehingga jam 3.35 petang, USD/CAD kembali turun ke zon terendah, didagang sekitar 1.3305, menguji garisan SMA (Simple Moving Average) 100-hari.

Menerusi laporan Reuters, AS dikatakan sedang mencadang untuk mengetatkan lagi sekatan mereka ke atas Iran dan Venezuela berikutan penutupan jana kuasa di Venezuela telah mengukuhkan lagi sentimen para pelabur tenaga.

Selain itu, laporan akhbar Financial Times yang mengatakan bahawa AS dan China semakin hampir mencapai kesepakatan menyokong permintaan futures tenaga, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan pembeli CAD.

Perhatian pelabur pada hari ini tertumpu kepada data ADP NFP, data PMI Perkhidmatan ISM, jumlah bekalan minyak EIA dan juga perkembangan rundingan perdagangan AS-China.

Secara teknikal, support terhampir berada di paras 1.3300 (S1), kemudian di paras 1.3280 (S2) dan penurunan mungkin akan terhad pada harga 1.3230 (S3).

Resistance di paras 1.3380 (R1) pula akan menjadi penghalang bagi pemulihan jangka masa pendek, kemudian di paras 1.3410 (R2) dan 1.3440 (R3).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: