Lonjakan Minyak Membuka Laluan Kepada USD/CAD Menguji Zon Support Yang Baru

Lonjakan Minyak Membuka Laluan Kepada USD/CAD Menguji Zon Support Yang Baru

Dagangan pasaran kewangan bermula perlahan pada minggu ini berikutan sebahagian pasaran utama masih ditutup sempena sambutan Monday Easter . Namun

Dollar Masih Dibelakang, Pertemuan Trump-Xi Jinping Pada Persidangan G20 Osaka Jadi Tumpuan.
AUDUSD Menanti Bil Cukai Trump Diluluskan

Dagangan pasaran kewangan bermula perlahan pada minggu ini berikutan sebahagian pasaran utama masih ditutup sempena sambutan Monday Easter .

Namun begitu, dollar tetap berundur apabila permintaan loonie semakin meningkat didorong oleh lonjakan mendadak harga minyak.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain susut-0.15% kepada 97.33 mata.

Pasaran minyak telah membentuk bullish gap lebih 2% selepas AS dilaporkan akan mengetatkan lagi sekatan minyak mereka ke atas eksport minyak Iran.

AS dijangka mengumumkan sekatan ke atas negara-negara yang masih terlibat membeli minyak daripada Iran dan hanya lapan negara diberi kelonggaran untuk membuat pembelian bagi tempoh enam bulan.

Berita baik daripada pasaran minyak bukan sehaja membangkitkan permintaan matawang komoditi terutamanya loonie, malah menekan USD/CAD ke paras support yang baru dan kini didagang sekitar 1.3361 setakat jam 7.20 malam.

Penurunan walau bagaimanpaun masih terhad berikutan para pelabur enggan meletakkan dagangan yang agresif dalam keadaan kecairan pasaran yang rendah.

Fokus pasaran kini tertumpu kepada data jualan ‘existing home’ AS yang dijangka memberi sedikit dorongan jangka masa pendek kepada pasaran kewangan pada pembukaan sesi pasaran AS.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: