Lonjakan Harga WTI Mendorong Peningkatan Loonie (CAD) Pada Hari Rabu

Lonjakan Harga WTI Mendorong Peningkatan Loonie (CAD) Pada Hari Rabu

Pasangan matawang USD/CAD bertemu tekanan penjualan yang sederhana pada sesi dagangan AS, menyentuh paras terendah mingguan sekitar 1.3315, susut -0.

USD/CAD: Paras $1.3300 Sekali Lagi Diuji
Ketidaktentuan Politik UK & Data Inflasi AS Yang Lebih Baik Menghadkan Pembetulan GBP/USD

Pasangan matawang USD/CAD bertemu tekanan penjualan yang sederhana pada sesi dagangan AS, menyentuh paras terendah mingguan sekitar 1.3315, susut -0.30% setakat jam 11 malam.

AS pada hari ini melaporkan peningkatan pada pesanan barangan tahan lama, naik 0.4% pada bulan Januari dan melebihi jangkaan pasaran yang melihat pengucupan -0.5%

Selain itu, bacaan bulan Disember yang dikaji semula turut meningkat daripada 1.2% kepada 1.3%.

Bacaan indeks PPI pula selari dengan angka CPI yang dikeluarkan, meningkat lebih rendah sekitar 0.1% dalam unjuran bulan ke bulan (MoM), menarik kadar tahunan daripada 2% kepada 1.9%.

Data ekonomi AS yang bercampur menyebabkan tiada katalis baru yang dapat membantu meningkatkan permintaan greenback dalam keadaan aliran masuk pound sterling melonjak tinggi menjelang undian ‘no-deal Brexit’ di parlimen UK awal pagi esok.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain susut 0.18% kepada 96.76 mata.

Penurunan melebihi jangkaan bekalan minyak rasmi AS sebanyak 3.862 juta tong yang dilaporkan oleh EIA pada hari ini telah mendorong peningkatan 1.05% harga minyak WTI, sekali gus memberi kesan positif kepada matawang komoditi seperti CAD.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: