‘Long’ USD/JPY Pilihan Bijak?

‘Long’ USD/JPY Pilihan Bijak?

Impak serangan ke atas Syria oleh AS dan sekutunya pada hujung minggu lalu telah memberi sedikit tekanan kepada dollar pada hari Isnin. Namun kejat

Preview News Penting Buat EUR & GBP: 05/04/2018
AUDUSD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 25/09-29/09/2017

Impak serangan ke atas Syria oleh AS dan sekutunya pada hujung minggu lalu telah memberi sedikit tekanan kepada dollar pada hari Isnin.

Namun kejatuhan terhad berikutan tindakan ketenteraan tersebut tidak memberi kesan besar kepada risk aversion pasaran.

AS, Perancis dan Britian telah melancarkan peluru berpandu ke arah fasiliti senjata kimia di Syria pada Sabtu lalu sebagai tindak balas terhadap serangan gas beracun pada 7 April lepas.

Tanpa mengheret isu ini lebih lama, Trump terus mengumumkan misi telah tercapai selepas serangan peluru berpandu tersebut dilancarkan.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback masih bergerak mendatar, rekodkan naik turun sekitar 0.6% dan kini berada di paras 89.46 setakat jam 2.10 petang hari Isnin.

Reaksi pasaran terhad berikutan Trump telah memaklumkan lebih awal sebelum serangan ke atas Syria di lakukan, memberi peluang kepada spekulator untuk membuat persediaan.

Ketua Strategi di Daiwa Sekuriti, Yukio Ishizuko berkata, “Kebanyakkan spekulator tidak memberi respon terhadap matawang safe haven Yen berikutan Bank Pusat Jepun telah menjelaskan bahawa mereka tidak akan mengurangkan pelonggaran dasar dalam tempoh masa terdekat”.

Secara teknikal, dollar telah pun menembusi resistance penting berbanding Yen. Support signifikan USD/JPY kini berada di paras 106.50 dan dengan risiko perkembangan politik semasa Jepun, USD/JPY mungkin dapat melonjak sejauh 108.44.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: