Lompatan ‘Bungee’ USD/CAD: Dovish Atau Hawkish?

Lompatan ‘Bungee’ USD/CAD: Dovish Atau Hawkish?

Pasangan matawang USD/CAD bergerak liar, melakukan lompatan 'bungee' sekitar 175 pips selepas Bank Pusat Kanada menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mat

Spekulasi Pemotongan Minyak OPEC Yang Lebih Besar Menyelamatkan Harga Pasaran Minyak Daripada Penyusutan
Perbahasan Ucapan Ratu Antara Tumpuan Pada Hari Ini – Pound Ditekan

Pasangan matawang USD/CAD bergerak liar, melakukan lompatan ‘bungee’ sekitar 175 pips selepas Bank Pusat Kanada menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 1.25%

Keputusan ini selari dengan jangkaan seperti preview yang ditulis dalam artikel lalu. Selain itu berdasarkan price in di dalam pasaran, kita dapat lihat kejatuhan mendadak harga ke paras terendah harian 1.2360, kemudian naik semula ke dasar 1.24

Dalam kenyataan dasar BOC, bank pusat menjangkakan kadar faedah akan naik lebih tinggi di masa hadapan namun tidak akan dilakukan dengan kadar yang segera. Mereka turut berpandangan bahawa inflasi kekal menghampiri sasaran 2%.

Nada hawkish ini turut disokong oleh kajian semula pertumbuhan GDP yang lebih tinggi untuk tahun 2018 dan 2019, meletakkan 1.250 sebagai paras psikologi.

Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Poloz pula adalah sama seperti ulasan dasar yang lalu apabila menjelaskan rate hike masih bergantung kepada data-data ekonomi yang mana beliau pernah menyebutnya dalam sidang media lepas sambil meletakkan kadar faedah neutral di paras 2.50%-3.50%

Beliau turut mengatakan bahawa kadar ini akan dicapai oleh BOC dari semasa ke semasa berikutan ransangan masih diperlukan dengan risiko NAFTA. Oleh itu lonjakan kadar terlalu cepat akan mengekang perkembangan ekonomi. BOC memerlukan 5 kali rate hike bagi merealisasikan sasaran kadar faedah tersebut.

Dovish Hike Atau Hawkish?

Walaupun pasaran menjangkakan ‘dovish hike’, namun berdasarkan kenyataan sidang media yang dikeluarkan, BOC memberi petunjuk bahawa mereka sentiasa terbuka dan bersedia untuk rate hike seterusnya. Risiko NAFTA tetap menjadi perhatian namun hal ini dilihat tidak akan menganggu keputusan bank pusat dalam menetapkan dasar.

USD/CAD kini didagang pada paras 1.2443, hanya tutup dengan peningkatan 0.05%  berikutan harga naik turun sekitar 175 pips.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: