Lebihan Dagangan Meningkat Namun Aussie Masih Lemah

Lebihan Dagangan Meningkat Namun Aussie Masih Lemah

Data Lebihan Dagangan Australia yang diterbitkan oleh Biro Statistik Australia pagi tadi menunjukkan peningkatan yang baik melebihi jangkaan 1400 juta

Pra RBA Esok, AUD Mulakan Bulan Baru Dengan Kaki Kiri
Aussie Mula Bertukar Bearish?

Data Lebihan Dagangan Australia yang diterbitkan oleh Biro Statistik Australia pagi tadi menunjukkan peningkatan yang baik melebihi jangkaan 1400 juta untuk berada pada angka 1604 juta pada bulan Ogos 2018. Ianya sekaligus memperlihatkan keadaan sektor eksport Australia yang berkembang berbanding bulan Julai yang lalu.

Namun begitu AUD masih didagangkan rendah berbanding matawang utama dunia yang lain terutamanya Dolar AS. Kekuatan USD yang dipacu oleh data ADP pada malam semalam masih lagi berjaya menyekat Aussie untuk bangkit pada ketika ini. AUDUSD berada pada paras harga 0.70885 pada ketika artikel ini ditulis.

Dua data berimpak tinggi dari Amerika bakal diterbitkan pada malam ini dan esok (NFP). Melihat pada data-data yang sedia ada, walaupun pada esok pagi data Jualan Runcit Australia dijangkakan akan memberi keputusan yang baik dan mengangkat Aussie sedikit namun ia mungkin hanya akan mampu bertahan buat sementara waktu.

Hanya terbitan data yang tidak menyebelahi Dolar AS mampu untuk menghalang AUDUSD supaya tidak terus tenggelam. Sambil pada masa yang sama kebimbangan terhadap tindak balas China terhadap “Trade War” masih lagi membayangi pasaran global.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: