Krisis Itali & Pengucupan Ekonomi Jerman Hadkan Pemulihan EUR/USD

Krisis Itali & Pengucupan Ekonomi Jerman Hadkan Pemulihan EUR/USD

Kerajaan Itali pada hari Selasa lalu bertegas untuk kekal dengan defisit dan unjuran pertumbuhan ekonomi pada tahun 2019 walaupun Suruhanjaya Eropah m

Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 20/08/2019
USD/JPY Susut Lebih 200 Pips Ke Paras ‘Crash Low’ Januari, Catat Penurunan Harian Terbesar Dalam Tempoh 2 Tahun

Kerajaan Itali pada hari Selasa lalu bertegas untuk kekal dengan defisit dan unjuran pertumbuhan ekonomi pada tahun 2019 walaupun Suruhanjaya Eropah mengarahkan untuk menyemak semula draf belanjawan mereka.

Itali berkemungkinan akan dikenakan tindakan undang-undang dan perbezaan antara bon Itali dan Jerman terus menjadi tumpuan.

Jerman pula kini mengalami isu pengucupan ekonomi pada suku tahun ketiga (Q3) tahun 2018, susut -0.2% berpunca daripada kelembapan sektor pembuatan dan jualan runcit.

Tanpa dorongan daripada ekonomi terbesar Eropah, matawang euro berhadapan kesukaran untuk terus pulih selepas pengukuhan dipandu oleh kemajuan positif Brexit.

Pengucupan ekonomi Jerman pada suku tahun ketiga juga dijangka memberi kesan langsung kepada GDP Zon Eropah.

Menjelang laporan GDP EU Q3 pada jam 6 petang, EUR/USD masih didagang di paras 1.1287, berundur daripada harga tertinggi harian 1.1311.

Dari sudut teknikal, momentum bearish masih menguasai dan harga berpotensi turut menunju support 1.1260 (S1). Jika berjaya ditembusi, harga dijangka jatuh ke paras 1.1215 (S2).

1.1300 (R1) dan 1.3120 (R2) pula menjadi resistance terhampir, kemudian di paras 1.1355 (R3).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: