Ketidaktentuan Brexit Membuka Ruang Untuk GBP/USD Didagang Lebih Rendah

Ketidaktentuan Brexit Membuka Ruang Untuk GBP/USD Didagang Lebih Rendah

GBP/USD telah kehilangan lebih 300 pips pada minggu pertama bulan Februari berpunca daripada indikator-indikator yang menjadi rujukan pelabur mengisy

Pelabur Emas Menantikan Keputusan ‘Midterm Election’ AS Sebelum Membuat Sebarang Kejutan
Preview News Penting Buat AUD, EUR & USD: 25/07/2018

GBP/USD telah kehilangan lebih 300 pips pada minggu pertama bulan Februari berpunca daripada indikator-indikator yang menjadi rujukan pelabur mengisyaratkan kelembapan pada aktiviti ekonomi UK.

Selain itu, tiada kemajuan yang baru terhadap isu Brexit terutamanya berkaitan ‘backstop’ sempadan Irish walaupun PM UK Theresa May telah bertemu pegawai tinggi Kesatuan Eropah pada hari Khamis lalu.

Syarat peralihan tidak akan diubah, namun begitu ketua perundingan EU Juncker tetap bersetuju untuk terus mengadakan lebih banyak sesi perbincangan supaya peralihan tanpa perjanjian dapat dielakkan.

May dan Junker dijangka bertemu sekali lagi pada bulan ini dan PM May dilihat terus berusaha untuk mengubah syarat perjanjian yang telah disepakati sebelum UK dijadualkan keluar daripada EU pada 29 Mac hadapan.

Kemudian, perubahan pada syarat perjanjian perlu diluluskan oleh ketua-ketua EU dan akan diundi di parlimen UK dan Eropah.

Dengan kekangan waktu yang ada, semakin jelas bahawa tarikh untuk UK keluar sepenuhnya daripada Kesatuan Eropah mungkin akan ditangguhkan.

Tambahan pula, menurut laporan Reuters, harapan untuk melihat May mengubah corak dasar semakin merosot apabila beliau menolak idea untuk mensasarkan kesatuan kastam bersama EU

Kini fokus beralih kepada data pertumbuhan GDP UK bagi suku tahun keempat (Q4) dimana dijangka menyusut daripada 0.6% kepada 0.3% (QoQ).

Dengan penurunan dua minggu berturut-turut serta penutupan yang rendah sekitar paras 1.2935, momentum bearish bagi dagangan jangka masa panjang semakin mengukuh dan hampir terbentuk, namun masih terdapat spekulasi bahawa UK akan berjaya mendapatkan perjanjian di saat akhir.

Secara teknikal, GBP/USD didagang di bawah 200 EMA dengan support terhampir berada di paras 1.2925 (S1), 1.2880 (S2) dan 1.2835 (S3)

Garisan 1.2960 (R1) pula menjadi resistance terdekat dan jika berjaya ditembusi harga berpotensi naik ke paras 1.2995 (R2) dan 1.3040 (R3).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: