Ketidaktentuan Brexit Kembali Menghimpit, Apakah May Akan Menangguhkan Tarikh Undian?

Ketidaktentuan Brexit Kembali Menghimpit, Apakah May Akan Menangguhkan Tarikh Undian?

Berbaki 32 hari sebelum UK meninggalkan Kesatuan Eropah sepenuhnya, kerajaan UK kini sedang mempertimbangan beberapa pilihan termasuk menangguhkan ta

Yen Tidak Berubah Menjelang Sidang Media BOJ
Pergerakan Harga Emas Sekata Selepas Jatuh Hampir $15

Berbaki 32 hari sebelum UK meninggalkan Kesatuan Eropah sepenuhnya, kerajaan UK kini sedang mempertimbangan beberapa pilihan termasuk menangguhkan tarikh peralihan jika parlimen terus mengagalkan syarat perjanjian Brexit yang akan dibentangkan oleh PM May pada 12 Mac hadapan.

Terdapat laporan yang menjangkakan akan berlaku penangguhan selama 21 bulan sehingga tahun 2021, namun pasaran tidak memberi reaksi pada jangkaan tersebut.

Walau bagaimanapun, harapan dan spekulasi bahawa artikel 50 atau tarikh Brexit akan ditangguhkan tetap meningkatkan permintaan pound dengan GBP/USD pada jam 8.45 malam didagang sekitar 1.3089, naik 0.28%

Selain itu, PM May yang kini berada di Persidangan EU-Arab di Mesir berkata kerajaan UK memerlukan lebih banyak masa untuk berbincang supaya dapat diadakan undian yang lebih berkesan yang bakal dijalankan di parlimen pada 12 Mac.

Ptensi untuk ditangguhkan undian ini meningkat dengan kenyataan tersebut namun dibantah oleh ketua pembangkang kerajaan UK Jeremu Corbyn dengan mengkritik bahawa May bertindak secara melulu dalam keadaan tarikh peralihan semakin hampir.

Ucapan Gabenor BoE Mark Carney pada hari ini menjadi tumpuan walaupun dilihat tidak akan memberi kesan mendadak kepada pound berikutan pasaran masih menantikan keputusan pertemuan PM May bersama PM Irish Leo Varadkar di Mesir.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: