Kerajaan AS Akan Menambah Lagi Senarai Hitam Mereka Ke Atas Syarikat China

Kerajaan AS Akan Menambah Lagi Senarai Hitam Mereka Ke Atas Syarikat China

Hampir separuh daripada syarikat AS yang beroperasi di China ditekan oleh tindakan AS yang menaikkan dan mengembangkan lagi tarif mereka ke atas bara

HSBC Bank : Tiada Kenaikan Kadar Faedah Pada 2016?
Perningkatan Hasil Perbendaharaan AS Melemahkan Harga Emas .

Hampir separuh daripada syarikat AS yang beroperasi di China ditekan oleh tindakan AS yang menaikkan dan mengembangkan lagi tarif mereka ke atas barangan import China.

Menurut tinjauan Dewan Perniagaan Amerika, sekitar 40% syarikat yang terlibat dengan kaji selidik berkata mereka sedang mempertimbangkan untuk memindahkan fasiliti mereka daripada China.

Berita di atas dikeluarkan sejurus New York Times melaporkan bahawa AS berkemungkinan menambah lagi senarai hitam ke atas syarikat-syarikat China selepas Huawei, memasukkan Hikvision di dalam pertimbangan.

Huawei mengatakan, tanpa bantuan AS, mereka tetap dapat memastikan rantaian bekalan komponen yang stabil, dan nada yang sama dikeluarkan oleh Hikvision.

Sebahagian penganalisis melihat tindakan AS menyenarai hitamkan Huawei Teknologi daripada meneruskan urusan mereka dengan firma-firma AS pada minggu lalu adalah sebagai langkah menghalang China daripada mendahului dalam penguasaan jaringan 5G.

Sekatan ke atas Hikvision, pembuat kamera pengawasan terbesar didunia pula dikatakan akan menghadkan keupayaan syarikat tersebut membeli teknologi AS.

New York Times juga melaporkan bahawa dengan sekatan tersebut juga akan berkemungkinan memaksa syarikat-syarikat Amerika untuk mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada kerajaan bagi membekalkan komponen-komponen mereka kepada syarikat China.

Sektor pertanian adalah yang paling terkesan dengan serangan balas daripada China.

Bloomberg melaporkan bahawa pihak pentadbiran AS kini sedang merancang untuk meningkatkan pembayaran subsidi ke atas para petani mereka yang terhimpit dengan serangan tersebut.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: