Keputusan Dasar ECB, Apakah Akan Mengecewakan Atau Menggembirakan?

Keputusan Dasar ECB, Apakah Akan Mengecewakan Atau Menggembirakan?

Keputusan dasar kewangan ECB akan diumumkan pada hari ini dan bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika EUR/USD jatuh melepasi 1.100 menjelang pengumuma

Pendakian EUR/USD Tamat, Kekuatan Zon Support 1.1300 Teruji
Ekuiti Filipina Merosot Di Akhir Dagangan

Keputusan dasar kewangan ECB akan diumumkan pada hari ini dan bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika EUR/USD jatuh melepasi 1.100 menjelang pengumuman tersebut.

Antara fokus pelabur adalah perbincangan mengenai kemelesetan di Jerman dan ketidaktentuan ekonomi Zon Eropah.

Disamping itu, euro telah jatuh ke paras terendah dua tahun lalu berbanding dollar berikutan hasil bon Jerman menyusut ke zon negatif., didagang sekitar 1.1012 setakat jam 3 petang.

Pada mesyuarat bulan Julai yang lalu, Presiden Draghi telah menyuarakan kelebihan untuk menggabungkan beberapa pakej ransangan.

Para pelabur juga dilihat telah bersediap sedia untuk berhadapan dengan keputusan ECB yang lebih agresif.

Ekonomi Zon Eropah memaparkan angka-angka yang lemah sepanjang tempoh 2 bulan selepas mesyuarat dasar bulan Julai yang lalu dengan jualan runcit, inflasi, pekerjaan dan aktiviti pembuatan kesemuanya bergerak lebih perlahan.

Pertumbuhan Jerman pula mula mengucup pada suku tahun kedua ditekan oleh kemerosotan aktiviti pembuatan sehingga indeks PMI pembuatan jatuh 8 bulan berturut-turut dan mencapai paras terlemah tujuh tahun yang lalu.

Bundesbank juga mengatakan bahawa Jerman berpotensi jatuh ke dalam kemelesetan teknikal pada suku tahun ketiga dan dengan tekanan pertumbuhan global akibat perang perdagangan menjadi faktor yang memaksa ECB untuk segera memperkenalkan ransangan kepada ekonomi.

Antara tindakan yang menjadi pilihan adalah rate cut, forward guidance yang lebih kuat, menghidupkan semula program pembelian bon dan memberi pampasan kepada bank untuk mengatasi impak buruk kadar faedah yang negatif.

Namun begitu, ahli ECB melihat menggabung senarai di atas ke dalam satu pakej lebih memberi efektif berbanding menyusun dan bertindak mengikut jadual.

Ahli ekonomi menjangkakan pemotongan 10 mata asas, akan tetapi jika ECB menggabungkan dengan ‘rate tiering’ atau memperkenalkan program QE yang baru, EUR/USD bakal berhadapan sell-off yang lebih agresif.

Walau bagaimanapun, dalam keadaan Euro yang sengat lemah, jika pendekatan adalah kurang agresif, hanya mengumumkan rate cut dan mengisyaratkan penurunan kadar faedah di masa hadapan, EUR/USD berpotensi melonjak ke paras yang lebih tinggi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: