Kenyataan Hawkish Mengangkat CAD, Sidang Media BoC Kini Jadi Tumpuan

Kenyataan Hawkish Mengangkat CAD, Sidang Media BoC Kini Jadi Tumpuan

Dollar Kanada mengukuh berbanding matawang utama yang lain pada hari Rabu, menarik USD/CAD jatuh ke paras terendah baru di bawah harga 1.3100. USD/

USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan Minggu Hadapan 06/03-10/03/2017
‘Sell’ USD Pilihan Yang Bijak?

Dollar Kanada mengukuh berbanding matawang utama yang lain pada hari Rabu, menarik USD/CAD jatuh ke paras terendah baru di bawah harga 1.3100.

USD/CAD kini didagang pada paras 1.3085, susut 27 pips atau 0.22% setakat jam 10.40 malam.

Pasangan matawang ini jatuh ke paras terendah selepas Bank Pusat Kanada (BoC) menaikkan kadar faedah kepada 1.50%, selari dengan jangkaan pasaran.

BoC menjelaskan bahawa impak tariff AS yang baru dilaksanakan dijangka memberi kesan sederhana kepada pertumbuhan ekonomi dan harga.

Namun bank pusat akan terus meneliti perkembangan perdagangan melalui reaksi daripada syarikat dan pengguna.

Selain itu, melalui kenyataan hawkish yang dikeluarkan, bank pusat turut menjelaskan bahawa kadar faedah yang tinggi diperlukan bagi mengangkat inflasi menunju sasaran mereka.

Oleh itu, BoC akan terus mengekalkan pendekatan secara beransur-ansur disamping bergantung kepada data.

Menjelang sidang media BoC, USD/CAD kini sedang bergerak menuju support terhampir sekitar paras 1.3064 (S1). Jika ditembusi, harga mampu bergerak jatuh ke paras 1.3005 (S2), kemudian 1.2930 (S3).

Resistance terhampir pula berada di paras 1.3175 (R1). Penembusan harga ini dilihat akan membuka peluang untuk naik ke paras 1.3195 (R2) dan 1.3225 (R3).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: