Kemunduran USD/CAD Temui Support Yang Kuat, Tingkatkan Potensi Untuk Kembali Naik Menguji Zon Supply Yang Baru

Kemunduran USD/CAD Temui Support Yang Kuat, Tingkatkan Potensi Untuk Kembali Naik Menguji Zon Supply Yang Baru

USD/CAD menemui support di paras $1.3050, disokong oleh reaksi pelabur terhadap angka CPI Teras Kanada yang bergerak lebih perlahan daripada jangkaan

Persetujuan Kim Dan Trump Berbincang Memberi Kekuatan Kepada Dolar AS Mengatasi Emas.
Preview Laporan Pekerjaan UK & Impak Kepada GBP/USD

USD/CAD menemui support di paras $1.3050, disokong oleh reaksi pelabur terhadap angka CPI Teras Kanada yang bergerak lebih perlahan daripada jangkaan pada bulan Jun yang lalu.

Data Teras yang menjadi rujukan BoC mendatar tanpa perubahan dalam unjuran bulan ke bulan (MoM), dan mengejutkan pasaran dengan peningkatan yang lebih rendah berbanding bulan sebelumnya, daripada 2.4% kepada 2.0% dalam unjuran tahun ke tahun (YoY).

Peningkatan USD/CAD walau bagaimanapun masih lagi terhad di bawah $1.3100, berikutan kenaikan harga minyak pada hari ini memberi sokongan jangka masa pendek kepada permintaan matawang komoditi seperti CAD.

Sehingga jam 11.25 malam, pasangan matawang masih didagang di zon merah sekitar $1.3050, berundur lebih 40 pips daripada paras tertinggi yang direkodkan pada sesi Asia yang lalu.

Antara faktor yang mendorong kejatuhan USD/CAD juga adalah ketiadaan pembelian susulan ke atas dollar selepas permintaannya melonjak tinggi pada hari Selasa yang lalu.

Selain itu, penurunan hasil bon AS pada hari ini turut mengisyaratkan situasi para pelabur yang masih dalam keadaan bertahan.

Secara keseluruhan, kekecewaan terhadap data CPI Kanada dilihat menutupi kelemahan data perumahan di AS, malah support yang kuat di paras 1.3050 meningkatkan potensi USD/CAD untuk kembali mendaki menguji zon supply yang baru sekitar paras 1.3145/50

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: