Kelemahan Fundamental Australia & Jangkaan ‘Rate Cut’ RBA Mendokong Bearish AUD/USD, Support $0.6750 Kini Menjadi Sasaran

Kelemahan Fundamental Australia & Jangkaan ‘Rate Cut’ RBA Mendokong Bearish AUD/USD, Support $0.6750 Kini Menjadi Sasaran

Aussie pada hari Khamis lepas telah susut ke paras terendah empat bulan lalu berbanding dollar akibat data pekerjaan yang mengecewakan. Walaupun p

Mengapa Perlu Beli Emas Sekarang?
GDP China Dalam Bahaya, Perlaksanaan Baki Tarif Berpotensi Menekan Ekonomi Walaupun Dengan Ransangan Yang Agresif

Aussie pada hari Khamis lepas telah susut ke paras terendah empat bulan lalu berbanding dollar akibat data pekerjaan yang mengecewakan.

Walaupun pekerjaan yang ditambah melebihi jangkaan, namun para pelabur tidak senang dengan butiran daripada laporan tersebut yang hanya bersandar kepada peningkatan pekerjaan sambilan.

Sebanyak 28,000 pekerjaan di tambah ke dalam ekonomi akan tetapi jumlah pekerjaan tetap jatuh -6,300, menolak kadar pengangguran naik ke paras 5.2 peratus.

RBA pada bulan lalu bertahan daripada menurunkan kadar faedah mereka, namun tidak mempunyai sebarang pandangan positif untuk disuarakan tentang ekonomi.

Antara punca utama yang menghalang RBA daripada bersikap lebih dovish adalah kerana sebelum ini mereka memilih untuk tunggu dan lihat apakah yang akan berlaku kepada rundingan perdagangan AS dan China.

Namun keputusan mengenai hal tersebut telah pun diketahui, oleh itu RBA tidak lagi mempunyai pilihan lain selain daripada mengumumkan rate cut pada Ogos atau November dan jangkaan ini turut disuarakan oleh penganalisis daripada JP Morgan.

Tambahan pula pandangan tersebut diperkuatkan lagi dengan data-data terkini terutamanya jangkaan inflasi pengguna yang telah jatuh ke paras terendah November 2016.

Tiada support signifikan yang terdekat dilihat dapat menampung kejatuhan AUD/USD melainkan harga $0.6750

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: