Kelemahan Dollar Mendorong Pemulihan AUD/USD Pada Hari Rabu

Kelemahan Dollar Mendorong Pemulihan AUD/USD Pada Hari Rabu

Pasangan AUD/USD pada hari Rabu mendapat tarikan yang positif sehingga menolak harga ke paras tertinggi harian sekitar 0.6745 setakat jam 4 petang.

Sesi Eropa, GBP Kembali Melemah
Permintaan Global Mengatasi Pengeluaran Dorong Peningkatan Harga Minyak

Pasangan AUD/USD pada hari Rabu mendapat tarikan yang positif sehingga menolak harga ke paras tertinggi harian sekitar 0.6745 setakat jam 4 petang.

Pembelian Aussie pada sesi Asia yang lalu telah mengenepikan bacaan negatif daripada laporan indeks Sentimen Pengguna Westpac dan kelemahan dollar dilihat menjadi pendorong utama kepada peningkatan tersebut.

Walau bagaimanapun, pesimis terhadap perkembangan rundingan perdagangan AS-China dijangka akan terus menghalang para pelabur daripada meletakkan sebarang posisi yang lebih agresif.

Pihak pentadbiran AS telah mengenakan sekatan visa ke atas para pegawai China termasuk menyenarai hitamkan syarikat China kerana tindakan mereka ke atas minoriti Muslim disana, disamping memberi ancaman untuk menggagalkan rundingan dan menjadi punca menghalang pembelian matawang proksi China seperti AUD.

Hubungan yang mengeruh turut menekan sentimen risiko global yang kebiasaannya akan meningkatkan permintaan instrumen safe haven seperti dollar, yen dan swiss franc.

Oleh itu, pasaran menantikan pendakian melepasi 0.6765 untuk meneruskan pembelian AUD/USD bagi tempoh dagangan dalam masa terdekat dengan fokus kini beralih kepada minit mesyuarat FOMC bulan September, termasuk ucapan Pengerusi Fed Jerome Powell yang berpotensi memicu pergerakan harga bagi jangka masa pendek.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: