Kekuatan Support Di Zon 1.300 Mengekalkan Momentum Bullish GBP/USD Pada Minggu Ini

Kekuatan Support Di Zon 1.300 Mengekalkan Momentum Bullish GBP/USD Pada Minggu Ini

Kekuatan USD pada sesi dagangan AS yang lalu yang disokong oleh perkembangan aktiviti pembuatan dan perkhidmatan yang lebih baik telah menghalang pen

Ucapan Pegawai Fed Fokus Pelabur USD Menjelang Penetapan Dasar Bulan Mac
London 1.00pm: Aussie Mengukuh, Kiwi Hampir Tidak Berubah

Kekuatan USD pada sesi dagangan AS yang lalu yang disokong oleh perkembangan aktiviti pembuatan dan perkhidmatan yang lebih baik telah menghalang peningkatan GBP/USD.

Namun begitu, pasangan matawang ini berjaya mempertahankan support di paras 1.300, harga yang telah ditembusi buat kali pertama sejak bulan November pada hari Rabu yang lepas.

Hal ini kerana pound bertahan dan permintaan meningkat apabila berlakunya kejatuhan mendadak pasangan matawang EUR/GBP selepas Presiden ECB Mario Draghi mengeluarkan kenyataan yang dovish ketika mengulas mengenai outlook ekonomi.

Lonjakan tersebut kembali membentuk momentum bullish GBP/USD sekali gus memadamkan kerugian sepanjang hari Khamis.

Pada hari ini, Gabenor Bank Pusat England (BoE) Mark Carney mengulangi bahawa tindak balas dasar terhadap ‘no-deal’ Brexit boleh berlaku dari mana-mana arah.

Beliau menjelaskan, “Posisi penyata imbangan isi rumah yang baik, berbanding dengan krisis kewangan menjadi punca yang meyakinkan bahawa kelembapan tidak akan bertukar menjadi statik”.

Kenyataan Carney di Forum Ekonomi Dunia di Davos telah mengangkat GBP/USD melonjak lebih tinggi pada sesi Asia hari Jumaat, naik 0.43% kepada 1.3120 setakat jam 1.00 petang.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: