Kejatuhan Pasaran Emas Menghampiri Paras Terendah Mingguan Pada Hari Rabu

Kejatuhan Pasaran Emas Menghampiri Paras Terendah Mingguan Pada Hari Rabu

Harga emas jatuh pada hari Rabu didorong oleh optimis pelabur terhadap kemajuan rundingan perdagangan AS-China. Futures emas bagi bulan Februari di

Dolar VS Yen: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 24/04-28/04/2017
Faktor-faktor Pengukuhan Dolar Australia

Harga emas jatuh pada hari Rabu didorong oleh optimis pelabur terhadap kemajuan rundingan perdagangan AS-China.

Futures emas bagi bulan Februari di Comex NYMEX susut 0.2% atau $2.55 kepada $1,283.45 per auns, menghampiri paras terendah mingguan setakat jam 4.15 petang.

AS dan China telah melanjutkan perbincangan mereka memasuki hari ketiga dengan berlatar belakangkan isyarat-isyarat yang positif seperti pembelian bahan pertanian dan komoditi tenaga AS oleh China dan akses ke dalam pasaran China yang semakin meningkat.

Perkara ini bukan sahaja memulihkan dollar, malah turut memberi tekanan kepada permintaan logam berharga emas yang dilihat sedang menuju pullback untuk dua hari berturut-turut.

Selain itu, pemulihan sentimen turut mengalihkan perhatian pelabur kepada aset-aset berisiko, sekali gus meningkatkan nilai saham Asia dengan hampir kesemua pasaran utama naik 1% pada hari ini.

Walau bagaimanapun, penurunan emas masih terhad berikutan keraguan terhadap pendekatan yang akan diambil oleh Fed ke atas dasar kewangan, sama ada akan menghentikan atau memperlahankan kitaran pengetatan polisi mereka pada tahun ini.

Pengerusi Fed Jerome Powell pada hari Jumaat lalu menjelaskan bahawa beliau menyedari akan risiko ekonomi dan akan lebih fleksibel dalam memutuskan polisi bagi tahun 2019.

Fokus pasaran kini tertumpu kepada minit mesyuarat FOMC bagi bulan Disember yang akan diterbitkan pada jam 3 pagi (Khamis).

Para pelabur semakin yakin bahawa Fed akan menghentikan sementara peningkatan kadar faedah pada tahun ini, selari dengan kenyataan Powell pada minggu lalu.

Kini para pelabur akan mendapatkan lebih banyak butiran sama ada ahli FOMC lain turut mempunyai pandangan yang sama atau sebaliknya.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: