Kecenderungan Dovish Gabenor RBA Mengisyaratkan ‘Rate Cut’, AUD/USD Hampir Menutup Bullish Gap Yang Terbentuk

Kecenderungan Dovish Gabenor RBA Mengisyaratkan ‘Rate Cut’, AUD/USD Hampir Menutup Bullish Gap Yang Terbentuk

AUD/USD kembali jatuh ke paras terendah minggu lalu, hampir menutupi bullish gap yang terbentuk pada pembukaan pasaran semalam. Gabenor RBA Lowe k

Harga Minyak Mentah Meningkat Mengatasi Pengeluaran AS.
Harga Minyak Dunia Mungkin Berhadapan Kemerosotan Harga Semula

AUD/USD kembali jatuh ke paras terendah minggu lalu, hampir menutupi bullish gap yang terbentuk pada pembukaan pasaran semalam.

Gabenor RBA Lowe ketika berucap di Majlis Makan Tenghhari Persatuan Ekonomi Perniagaan Australia menunjukkan kecenderungan beliau untuk melonggarkan dasar dalam masa yang terdekat.

Pandangan dovish Lowe telah menyebabkan AUD/USD jatuh menembusi support penting 0.69, didagang sekitar 0.6880 dan berpotensi turun menguji harga 0.6860.

Selain itu, pullback pada pasangan matawang ini juga berlaku apabila minit mesyuarat RBA bulan Mei lalu tidak menunjukkan sebarang isyarat kuat tentang pendirian neutral bank pusat terhadap dasar mereka.

Malah RBA turut menekankan bahawa data pekerjaan akan dijadikan sebagai rujukan utama kepada pendekatan polisi yang akan diambil di masa hadapan.

Oleh itu, dengan data pekerjaan Australia terkini yang lemah, angka tersebut mengisyaratkan bahawa ‘rate-cut’ akan diumumkan dalam masa yang terdekat walaupun RBA berjaya mengelak daripada mengulas mengenainya pada minit mesyuarat yang lalu.

Secara teknikal, kegagalan AUD/USD melepasi resistance 0.6940, bearish momentum berpotensi membawa harga turun menguji 0.6880 dan 0.6860 yang merupakan paras terendah bulan Januari 2016.

Namun jika berjaya naik dan kekal di atas 0.6940, pemulihan AUD/USD akan terus mara ke paras 0.7000, 0.7030 dan 0.7060

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: