Kebuntuan Brexit Menyekat Peningkatan GBP/USD

Kebuntuan Brexit Menyekat Peningkatan GBP/USD

GBP/USD terus didagang di dalam julat yang kecil, naik dan turun sekitar 30 pips menjelang laporan perkerjaan UK pada hari ini. Pasangan matawang

Bearish EUR/GBP Sasar £0.8950
Rang Undang-Undang Dan Keputusan FED Terus Meningkatkan USD/JPY

GBP/USD terus didagang di dalam julat yang kecil, naik dan turun sekitar 30 pips menjelang laporan perkerjaan UK pada hari ini.

Pasangan matawang ini menghadapi kesukaran untuk pulih melebihi paras 1.2970 didorong oleh pasaran kembali optimis dengan isu rundingan perdagangan serta isu Brexit yang belum bertemu jalan keluar.

GBP/USD berjaya menemui support di paras 1.2943 pada sesi dagangan AS yang lalu, bangkit dengan dorongan komen positif daripada Trump terhadap isu rundingan perdagangan yang dijangka akan berakhir kejayaan.

Lonjakan walau bagaimanapun terhad akibat pound masih dihimpit isu ketidaktentuan Brexit dimana perbincangan antara parti terus menemui jalan buntu, sekali gus menekan para pelabur GBP.

Berdasarkan laporan terkini daripada Sky News, “Theresa May dan kabinet beliau yang berbelah bahagi akan bermesyuarat pada hari ini bagi menentukan sama ada akan menamatkan rundingan Brexit antara parti yang gagal mendapatkan jawapan sejak enam minggu yang lalu atau sebaliknya”.

Walaupun kedua-dua isu di atas terus menjadi pemandu utama kepada pergerakan matawang, akan tetapi para pelabur dilihat telah menghentikan pembelian pound mereka menjelang laporan pekerjaan UK akan diterbitkan pada jam 4.30 petang.

GBP/USD sehingga jam 2.40 petang, didagang sekitar 1.2953, kekal di dalam zon terendah bulanan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: