Kebimbangan Terhadap Isu Lebihan Bekalan Kembali Menekan Pasaran Minyak

Kebimbangan Terhadap Isu Lebihan Bekalan Kembali Menekan Pasaran Minyak

Pada minggu yang lalu, harga bagi minyak mentah AS (WTI) telah menyusut 6.4%, merekodkan kerugian mingguan yang terbesar dalam tempoh enam bulan sele

EUR/USD Naik 40 Pips Menjelang Bacaan Flash CPI Jerman
Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 05/11/2018

Pada minggu yang lalu, harga bagi minyak mentah AS (WTI) telah menyusut 6.4%, merekodkan kerugian mingguan yang terbesar dalam tempoh enam bulan selepas meredanya ketegangan antara AS dan Iran.

Kontrak futures minyak WTI masih meneruskan kejatuhannya pada minggu ini dengan menyusut lebih $1 pada hari Isnin yang lalu, didagang sekitar $58.09 setong setakat jam 7.35 pagi.

Harga minyak antarabangsa Brent juga merosot hampir $1 ke paras $64.25 per tong.

Ancaman perang antara AS dan Iran semakin mereda apabila parlimen AS pada minggu yang lalu telah mengadakan undian bagi mengurangkan kuasa Presiden Trump dalam memutuskan serangan ke atas Iran.

Timbalan Presiden Mike Pence ketika menjawab persoalan yang diajukan Fox News berkata Iran telah memohon supaya ketenteraan AS di Timur Tengah tidak melaksanakan sebarang serangan yang bertentangan dengan kepentingan negara.

Penganalisis pula melihat tanpa sebarang gangguan tenaga di Timur Tengah, mudah untuk penambahan bekalan minyak daripada non-OPEC mengatasi permintaan, sekali gus memberi tekanan kepada harga.

Dan tanpa faktor-faktor luar, hanya data rasmi bekalan mingguan minyak AS yang lebih rendah pada minggu ini menjadi harapan untuk meningkatkan kembali harga pasaran.

Situasi di Iran dilihat masih tidak menentu apabila rakyat mereka keluar membantah kesilapan kerajaan menembak jatuh kepal terbang awam Ukrain sehingga membunuh 176 penumpang di dalamnya.

Iran pada hari Ahad berkata mereka akan menyiasat lebih lanjut hal tersebut di samping memberi pampasan kepada keluarga mangsa.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: