KDNK UK Bakal Tentukan Nasib GBP Minggu Ini

KDNK UK Bakal Tentukan Nasib GBP Minggu Ini

GBP telah ditekan dengan hebat 2 bulan lalu namun telah berjaya bangkit daripada paras terendahnya dalam tempoh setahun apabila sentimen Brexit kembal

May Ugut Penentang Brexit, GBP Tergelincir
Pound VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 04/09-08/09/2017

GBP telah ditekan dengan hebat 2 bulan lalu namun telah berjaya bangkit daripada paras terendahnya dalam tempoh setahun apabila sentimen Brexit kembali reda dan mula menampakkan tanda-tanda positif yang mana kata sepakat bakal dicapai menjelang tarikh akhir pada bulan November nanti.

Namun, GBP gagal untuk menemui arah yang kukuh apabila ianya kelihatan sangat rapuh berbanding Dolar dan Yen. Walaupun begitu, Pound dilihat sangat dominan berbanding Aussie yang terus-menerus merosot akibat daripada tempias perang perdagangan Amerika-China.

Perdana Menteri UK Theresa May, kelihatan bersedia untuk mengawal partinya sendiri iaitu Konservatif di dalam parlimen dalam usaha untuk meneruskan kompromi Brexit. Berita yang positif dari rundingan tentang sempanan Ireland dan EU mampu untuk mengangkat Pound lebih tinggi namun jika sebaliknya berlaku GBP pasti akan tenggelam semula.

Terbitan data KDNK UK pada petang ini amat penting bagi GBP untuk minggu ini. Jangkaan pasaran adalah pertumbuhan KDNK UK akan mengalami sedikit pengecutan sebanyak 0.2% berbanding bulan lalu iaitu pada 0.3%. Jika jangkaan ini tepat atau angka yang lebih buruk diterbitkan, GBP bakal terdedah kepada jualan.

Bagi pasangan GBPJPY, pergerakan harga masih berada di dalam linkungan yang sama di antara 147.00 – 149.72 setelah berjaya mencapai paras tertingginya dalam tempoh 4 bulan. Jika harga mampu untuk menembusi paras ‘ranging’ ini, GBPJPY mampu untuk menguji semula paras psikologi di 150.00 pula.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: