Isyarat ‘Rate Cut’ Fed Semakin Jelas, Dollar Didagang Rendah Dua Sesi Berturut-turut

Isyarat ‘Rate Cut’ Fed Semakin Jelas, Dollar Didagang Rendah Dua Sesi Berturut-turut

Dollar didagang rendah dua sesi berturut-turut, menambah kemunduran pada pembukaan sesi Eropah selepas Pengerusi Fed Jerome Powell menguatkan lagi is

Preview News Penting Buat AUD, GBP & USD: 15/08/2018
1.2800 Harga Yang Perlu Dipertahankan Oleh ‘Buyer’ GBP/USD

Dollar didagang rendah dua sesi berturut-turut, menambah kemunduran pada pembukaan sesi Eropah selepas Pengerusi Fed Jerome Powell menguatkan lagi isyarat bahawa bank pusat akan menurunkan kadar faedah mereka pada akhir bulan ini.

Sehingga jam 7.30 malam, indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama lain susut -0.25% kepada 96.87 mata.

Dalam keterangan Powell di dewan Senat yang lalu, beliau memberi amaran bahawa ketidaktentuan yang berlanjutan akan menekan outlook ekonomi.

Berdasarkan minit mesyuarat Fed bulan Jun yang dikeluarkan awal pagi Khamis, sebahagian ahli FOMC juga berkongsi pandangan yang sama dengan mengatakan risiko negatif yang menyelubungi outlook ekonomi semakin meningkat sejak beberapa minggu yang lalu.

Kecenderungan untuk mula melonggarkan dasar semakin jelas dan pasaran pada hari ini akan meneliti kembali ucapan yang akan disampaikan oleh Powell di hadapan Jawatankuasa Bank Senat.

Walaupun Powell dijangka mengulangi skrip yang sama, namun beliau tetap berpeluang untuk mengulas lebih lanjut mengenai pandangan dovish yang dilontarkan pada sesi Q&A bersama Senator, termasuk memberi ulasan yang kritikal ke atas projek matawang digital Facebook (Libra) pada hari ini.

Selain itu, para pelabur juga akan mengemas kini bacaan akhir CPI dan data tuntutan insurans pengangguran pada jam 8.30 malam selepas memaparkan data pekerjaan yang lebih baik pada minggu lalu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: