Isu Perdagangan Terus Menjadi Tumpuan, Dollar Stabil Di Paras Tertinggi 2 Minggu Lalu

Isu Perdagangan Terus Menjadi Tumpuan, Dollar Stabil Di Paras Tertinggi 2 Minggu Lalu

Dollar stabil didangang sekitar paras tertinggi dua minggu lalu berbanding matawang utama yang lain pada hari Rabu berikutan pasaran masih menantikan

USD Melonjak Ke Paras Tertinggi Selepas Ulasan Powell
Mampukah Pasaran Emas Pulih Daripada Kejatuhan 4 Hari Berturut-turut?

Dollar stabil didangang sekitar paras tertinggi dua minggu lalu berbanding matawang utama yang lain pada hari Rabu berikutan pasaran masih menantikan isyarat daripada Fed tentang kadar faedah.

Selain itu, kemajuan hubungan perdagangan AS-China menjelang persidangan G20 pada 30 November sehingga 1 Disember turut menjadi perhatian.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama lain kekal sekitar paras 97.35 setakat jam 6.50 petang.

Bacaan indeks stabil di paras tertinggi selepas berjaya memecahkan garisan resistance penting sekitar 97.00 mata pada hari Selasa.

Lonjakan dollar pada hari Selasa dipandu oleh ucapan Timbalan Pengerusi Fed Richard Clarida yang menyatakan sokongan terhadap peningkatan kadar faedah secara beransur-ansur sehingga mencapai paras neutral.

Namun begitu, beliau tetap mengakui bahawa bank pusat masih belum dapat menentukan di manakah paras neutral yang sebenar disamping menyuarakan kebimbangan terhadap outlook inflasi yang semakin lemah.

Tambahan pula, Presiden Fed Bullard turut memberi amaran tentang pertumbuhan yang dijangka akan bergerak lebih perlahan dua tahun akan datang.

Walau bagaimanapun, para pelabur dilihat mengenepikan prospek akan berlakunya penangguhan rate hike pada tahun 2019 dan hanya menumpukan optimis ahli FOMC untuk tetap dengan pendirian menaikkan kadar faedah secara beransur-ansur.

Fed dijangka menaikkan kadar faedah buat kali keempat dan juga yang kali yang terakhir bagi tahun 2018 pada mesyuarat dasar kewangan bulan hadapan.

Menjelang rundingan AS dan China pada hujung minggu nanti, Trump telah mengeluarkan kenyataan bahawa AS akan tetap menaikkan kadar tarif ke atas barangan import China yang bernilai $500 billion pada 1 Januari 2019.

Kenyataan Trump dilihat telah memusnahkan harapan untuk melihat ‘trade deal’ disepakati pada pertemuan kali ini.

Namun sebahagian penganalisis tetap melihat ianya sebagai sebuah retorik politik bagi melemahkan spekulasi dan jangkaan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: